April 29, 2024

Search
Close this search box.

250 Wakil Mahasiswa sertai Simposium Kepimpinan anjuran MPMUTM

JOHOR BAHRU, 16 Mac – Seramai 250 peserta yang terdiri dari wakil pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah menyertai “Young Leaders Symposium 2015” yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 Mac 2015.
Simposium anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Teknologi Malaysia ini dianjurkan dengan matlamat utamanya melahirkan pemimpin masa hadapan yang dapat membantu mengekalkan kemakmuran negara dalam aspek ekonomi, sosial dan politik setanding negara maju di peringkat global.
Pengarah Program, Muhammad Luqman Abu Bakar berkata aktiviti ini juga dapat berperanan sebagai platform kepada peserta untuk berkumpul, bertukar pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu negara selain meningkatkan keupayaan mereka dalam memahami idea dan pandangan yang akan disampaikan ikon negara berpengalaman.
“Mereka juga turut berpeluang untuk menyampaikan hasil resolusi pelapis kepimpinan negara mengenai isu-isu semasa kepada pentadbiran tertinggi negara di samping membina jaringan mantap dalam kalangan perwakilan mahasiswa bagi melahirkan pemimpin yang bersatu padu,” katanya.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Persada Johor. Turut hadir adalah Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz.

Prof Wahid (dua kiri) menyerahkan cenderahati kepada Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin pada acara perasmian Program Young Leaders Symposium 2015
Prof Wahid (dua kiri) menyerahkan cenderahati kepada Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin pada acara perasmian Program Young Leaders Symposium 2015

Explore More