Mei 13, 2025

Muhammad Faizul M Nasir dan Sazatul Nadhirah Zakaria dinobat Olahragawan dan Olahragawati UTM 2014

JOHOR BAHRU, 13 Mac 2015 – Muhammad Faizul M Nasir dan Sazatul Nadhirah Zakaria telah diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tahun 2014.
Pengumuman itu dibuat pada Majlis Penghargaan Sukan 2014 yang bertempat di Kompleks Kolam Renang UTM.
Muhammad Faizul telah beraksi cemerlang di beberapa temasya sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 2014 antaranya kejayaan memperolehi pingat Emas dalam acara Pencak Silat kategori 50-55kg kelab B di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 Fasa 1 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 3-12 Februari 2014.
Di peringkat antaranbangsa pula, Muhammad Faizul telah memperoleh pingat emas di dalam pertandingan di 19th Belgian Open Pencak Silat Championships 2014 dengan memperolehi pingat Emas.
Sazatul Nadhirah juga tidak kurang dalam mencorakkan kejayaan dengan memenangi pingat Emas dalam acara Memanah category Compound dan berjaya mara ke Pusingan Kelayakan dengan dua pingat Gangsa di SUKIPT 2014 fasa 1.
Di temasya yang sama, Sazatul berjaya memperolehi satu lagi pingat Gangsa melalui kategori Individu Compound. Beliau juga menyumbang pingat Perak melalui penyertaannya dalam acara sama di World University Championship (WUC) di Poland pada 2 hingga 5 Julai 2014.
Pemenang bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati UTM ini telah menerima hadiah wang tunai RM1,000.00 sehelai Blazer dan juga Sijil Penghargaan.
Muhammad Faizul bagaimanapun tiada semasa penyerahan hadiah disebabkan berada di Belgium bagi bertanding dalam acara pencak silat peringkat antarabangsa.
Di samping kategori Olahraga dan Olahragawati, turut dipilih dalam acara ini adalah Atlit Harapan Lelaki dan Wanita bagi 2014 dimana menyaksikan Low Kar Seng (Renang) dan Nurfariha Abdul Razak (Bola Jaring) telah terpilih.
Pemenang bagi kategori ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dan Sijil Penghargaan.
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr. Wahid Omar. Turut hadir dalam majlis adalah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman dan Pengarah UTM Sports Excellence, Tn Hj Malek Hj Abdul Ghani.

Naib Canselor (kemeja hijau)  bergambar kenangan bersama kesemua atlit cemerlang UTM 2014 di Majlis Penghargaan Sukan UTM 2014.
Naib Canselor (kemeja hijau) bergambar kenangan bersama kesemua atlit cemerlang UTM 2014 di Majlis Penghargaan Sukan UTM 2014.

Explore More