April 29, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor mengadakan lawatan ke Indonesia

Bermula 9 hingga 12 Februari 2015, YBhg. Datuk Naib Canselor akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia. Antara agenda lawatan ini ialah mengadakan kunjungan hormat kepada Kementerian Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia bagi membuka peluang meningkatkan kerjasama antara Indonesia dan Malaysia amnya, dan UTM khususnya antaranya dalam bidang Aeronautik dan fuel cell. Delegasi UTM juga akan turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Prof. Dr. Ir. Kadarsah Suyardi, Rektor Institut Teknologi Bandung (ITB) yang baru dilantik baru-baru ini. Ia sebagai satu langkah dalam mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara UTM dengan ITB yang sedia terjalin di samping meneroka potensi kerjasama dalam beberapa bidang tujahan. Seterusnya, YBhg. Datuk Naib Canselor akan menyertai The 2nd International Conference on Human Capital and Knowledge Management (IC-HCKM 2015) yang akan diadakan di Bandung. Satu sesi pertemuan dengan wakil alumni UTM di Indonesia akan turut diadakan dalam lawatan ini.

 

Vice Chancellor visits to Indonesia

Commencing 9 February to 12 February 2015, the Hon. Vice-Chancellor will be on an official visit to Indonesia. Among the agenda of the visit include a courtesy call to the Ministry of Research, Technology and Higher Education of the Republic of Indonesia which aims to seek opportunities in enhancing collaborative efforts in niche area such as aeronautics & fuel cell. The UTM delegation will also be meeting with Prof. Dr. Ir. Kadarsah Suyardi, the newly appointed Rector of Institut Teknologi Bandung (ITB). The visit’s objectives are to strengthen the strategic partnership between UTM and ITB, as well as to explore potential collaboration. The official visit will also see the Hon. Vice-Chancellor joining the 2nd International Conference on Human Capital and Knowledge Management (CKM IC-2015) which will be held in Bandung. A get together session with UTM alumni representatives in Indonesia has also been included in the visit’s itinerary.

Explore More