April 28, 2024

Search
Close this search box.

Pemakluman Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2014/2015 Dan Ujian/Penilaian Berterusan – Masalah Banjir

Dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir semester I sesi akademik 2014/2015 bermula pada 28 Disember 2014 hingga 17 Januari 2015.  Universiti telah bersetuju kemudahan peperiksaan khas akan diberi kepada pelajar yang tidak boleh pulang ke kampus bagi menduduki peperiksaan akhir akibat kesan bencana banjir.

Berikutan itu, UTM akan mengadakan peperiksaan khas bagi pelajar yang terlibat dalam tempoh dari 22 Februari hingga 5 Mac 2015.

Manakala bagi pelajar Diploma yang akan menduduki ujian/penilaian berterusan yang menghadapi masalah yang sama ujian akan dijadualkan semula.

Kepada pelajar UTM yang terlibat dengan bencana  banjir di daerah masing-masing, sila hubungi hotline Bilik Gerakan Banjir UTM seperti berikut :-

  • 07-5530014/15 (Bahagian Keselamatan, UTM)
  • 019-7497939 (sms)
  • 019-7555577 (sms – pelajar separuh masa)
  • 019-7531110 (sms – pelajar Diploma sepenuh masa)

Maklumat yang diperlukan nama, nombor kad pengenalan dan kursus/subjek yang terlibat.  Pelajar juga boleh menghubungi Pejabat Akademik Fakulti/Sekolah masing-masing.

Pihak Universiti mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan bencana ini dan berharap keadaan akan pulih seperti sediakala.

Sekian, harap maklum.

 
 
 
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia
28 Disember 2014

Explore More