November 27, 2024

Search
Close this search box.

Sukacita dimaklumkan Pengurusan UTM telah menubuhkan satu Task Force Banjir.

Beberapa info penting untuk makluman semua :

1) BILIK GERAKAN BANJIR 24 JAM DI BAHAGIAN KESELAMATAN. TALIAN HOTLINE : 07-5530014 /15, 019-7497939 (SMS) & 019-7355577 (SMS BAGI PELAJAR SPACE)
PERHATIAN :
Terdapat pelajar yang kini terkandas di kawasan banjir dan tidak boleh pulang ke kampus untuk menduduki peperiksaan. Pelajar perlu menghubungi talian hotline.
Sekiranya melalui SMS, maklumat berikut diperlukan : Nama Pelajar, No. KP, Kursus / Subjek

**** Bantuan Pensyarah / Staf PPP / pelajar lain yang mempunyai info mengenai pelajar-pelajar yang terkandas ini juga dimohon untuk menyalurkan maklumat tersebut ke
talian Hotline untuk tindakan selanjutnya.

2) PENGUMUMAN MENGENAI DI ATAS TELAH DIBUAT DALAM MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK.

3) KUTIPAN DERMA WANG TUNAI DARIPADA SEMUA PTJ / UNIT AKAN BERMULA PADA HARI AHAD 28 DISEMBER, 2014.

4) PASUKAN MEDIC YANG DIKETUAI OLEH PIHAK PKU DENGAN 50 ORANG STAF KINI SEDANG BEROPERASI DI KAWASAN BENCANA.

5) PROGRAM KAUNSELING OLEH UNIT KAUNSELING BAGI MEMBANTU PELAJAR / STAF YANG MEMERLUKAN & TERLIBAT DALAM MUSIBAH INI.

6) PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH TAMAT PEPERIKSAAN TETAPI TIDAK BOLEH PULANG KE KAMPONG HALAMAN KERANA BENCANA BANJIR, SILA HUBUNGI PIHAK PENGURUSAN
KOLEJ MASING-MASING UNTUK URUSAN SELANJUTNYA.

7)  Pusat Pengumpulan Barang Keperluan Banjir UTM.

Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Tun Dr Ismail M 01

Tarikh : 27 Disember 2014 hingga 10 Januari 2015

Masa : 10 pagi – 10 malam

Barang : air mineral, makanan kering,biskut, keperluan peribadi,bayi & kanak2 .

Sumbangan ikhlas anda amat dihargai.Semoga pemakluman di atas dapat memanfaatkan semua pihak.

 

FB_IMG_1419646398307

Explore More