November 29, 2024

Search
Close this search box.

Taman Bumbung di UTM Kuala Lumpur

Demi menjadikan Kampus UTM Kuala Lumpur sebagai Kampus Lestari, staf Unit Pengurusan Makmal Universiti UTM Kuala Lumpur (UPMU UTMKL) telah menjalankan satu projek perintis menanam pokok sayur di atas bumbung pejalan kaki dan Dewan Kuliah 5. Menggunakan duit sendiri dan bahan buangan dari makmal, projek perintis ini diusahakan oleh Siti Zalita Zalita Bt Ad Talib, Tn Hj. Ahmad Mokhtar Abd Kadir dan En. Ahmad Kamal serta dibantu oleh staf makmal yang lain.
Penanaman tumbuhan di atas bumbung sudah menjadi kelaziman di negara-negara maju. Selain mendatangkan hasil dari tanaman, taman bumbung juga mengurangkan suhu bangunan kerana tumbuhan menyerap haba dari pancaran matahari. Tumbuhan juga menggunakan karbon dioksida sekaligus mengurangkan “carbon footing” yang dihasilkan oleh universiti.
UPMU UTMKL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Pengarah PHB UTM KL kerana membenarkan projek perintis ini dijalankan.

Explore More