November 25, 2024

Search
Close this search box.

Perutusan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 (31 Ogos 2014)

merdeka57

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.wrt.wbkth,
Alhamdulillah, dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia bagi kali ke-57 sebagai warga sebuah negara yang merdeka dan demokratik. Semoga ulang tahun kemerdekaan kali ini bukan hanya dizahirkan dalam bentuk mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga dapat dijiwai bersesuaian dengan tema kali ini, ‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.’

Sejarah telah membuktikan bahawa perasaan cinta boleh memungkinkan banyak perkara. Perasaan cinta boleh membakar semangat dan membentuk sinergi yang membolehkan pencapaian berganda. Perasaan cinta kita kepada negara menimbulkan perasaan kesetiaan, keberanian, pengorbanan dan kesukarelaan dalam memacu pembangunan Negara. Begitu juga, perasaan cinta kepada Universiti Teknologi Malaysia akan membolehkan kita terus gigih berusaha untuk menggandakan tahap sasaran, mempertingkatkan kecekapan dan kaedah kerja, dan menjana produktiviti tinggi menuju kearah aspirasi UTM Global 2020.

Kemajuan serta pencapaian Malaysia dalam konteks pembinaan negara maju telah berjalan lancar dengan semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum. Begitu juga di UTM, bagi memperkasa reputasi UTM sebagai pusat pengajian tinggi berasaskan sains dan teknologi yang berkualiti dan berjenama global, seluruh warga UTM perlu bersatu dan bekerjasama. Saya yakin, dengan permuafakatan, UTM akan terus kekal sebagai organisasi cemerlang, umpama pepatah Melayu yang menyebutkan ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.’

Dalam usaha mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati kini, negara amat memerlukan warga yang memiliki ciri-ciri insan yang cemerlang. Bagi melahirkan insan yang sedemikian, UTM telah mengambil sikap proaktif dengan menerapkan nilai-nilai DNA Institusi UTM yang merangkumi keutamaan, proses dan sumber, dalam proses pembangunan organisasi. Penghayatan DNA Institusi UTM akan dapat melahirkan warga yang mempunyai matlamat yang jelas, berfikiran strategik bagi membantu pencapaian University yang bermakna dan signifikan, dan melaksanakan budaya kerja berprestasi tinggi. Penerapan nilai-nilai ini dalam setiap warga UTM pasti bukan sahaja akan dapat mentrasformasi UTM kearah berjenama global, tetapi juga akan dapat menyumbang kepada aspirasi kerajaan agar Malaysia ditransformasikan kepada Negara maju dengan acuan kita sendiri.

Di kesempatan ini, saya berharap agar Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-57 akan terus menyemarakkan lagi perasaan cinta warga UTM kepada Negara dan UTM.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Naib Canselor

 

 

ADDRESS BY THE VICE-CHANCELLOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
IN CONJUNCTION WITH THE 57TH INDEPENDENCE DAY CELEBRATION (31 AUGUST 2014)
 

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.wrt.wbkth,

Alhamdulillah, with His benevolence, we are able to celebrate the 57th anniversary of Malaysia’s Independence Day as citizens of an independent and democratic nation. May the Independence Day celebration this year not only be expressed in the form of hoisting the national flag, Jalur Gemilang, but also be appreciated and internalised, appropriate with this year’s theme, ‘ Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ (Malaysia, Here Lies the Advent of Love).

History has shown that love can make many things possible. Love can ignite our spirit and form synergies, resulting in multiple achievements. Our love for the country invokes feelings of loyalty, courage, sacrifice and volunteerism in driving national development. Similarly, love for Universiti Teknologi Malaysia will become the impetus for us to continue to strive towards surpassing target levels, improve efficiency and working methods, and generate higher productivity towards achieving UTM Global 2020.

Malaysia’s progress and achievements in the context of achieving a developed nation status is on track, mainly due to the spirit of unity and cooperation among all ethnic groups. Likewise, in UTM, to further advance UTM’s reputation as a global brand and as a renowned centre of higher education in science and technology, the entire community needs to unite and collaborate. I am confident that, with consensus, UTM will remain an exemplary organization, reflecting the Malay saying ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’ (As water is shaped by its vessel, so are people shaped by consensus).

To safeguard the freedom we enjoy today, it is crucial that the country’s human resource is of exceptional quality.  Towards this endeavor, UTM has taken a proactive action through the enculturation of the UTM Institutional DNA encompassing priority, process and resources, in driving its organizational development. Appreciation and internalization of the UTM Institutional DNA will be able to groom citizens with clear goals, strategic thinking towards assisting in the attainment of meaningful and significant achievements, and high-performance work culture. The enculturation of these values ​​in the entire UTM community would not only transform UTM towards becoming a global brand, but would also contribute to the government’s aspiration for Malaysia to be transformed into a developed nation with our own disposition and identity.

I sincerely hope that the 57th anniversary of Malaysia’s Independence Day will continue to intensify the entire UTM community’s feelings of love towards both the nation and UTM.

Thank you, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Vice-Chancellor

 

 

Explore More