UTM melalui UTM Campus Sustainability telah menjadi ahli di dalam Global Universities Partnership on Environment for Sustainability (GUPES) dibawah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu United Nations Environment Programme (UNEP).
“GUPES aims to promote the integration of environment and sustainability concerns into teaching, research, community engagement, the management of universities including greening of university infrastructure/facilities/operations, as well as to enhance student engagement and participation in sustainability activities both within and beyond universities.”
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini. UTM merupakan universiti kedua di Malaysia yang menjadi ahli.
Diharap dengan penyenaraian ini, ia menjadi satu platform strategik kepada semua dalam membentuk rangkaian peringkat global dan menjadi satu titik tolak pembangunan lestari secara keseluruhan.
Tahniah!