Universiti Teknologi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang memohon untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia adalah berkelayakan untuk memohon Biasiswa Endowmen UTM bagi sesi akademik 2014/2015
1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.1 KELAYAKAN AKADEMIK
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
1.2 SYARAT-SYARAT LAIN
- Pemohon adalah yang akan memasuki tahun pertama pengajian di Universiti Teknologi Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pada sesi akademik 2014/2015
- Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia
2.0 NILAI BIASISWA
- Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM12,000.00 setahun
3.0 CARA MEMOHON
- Semua permohonan adalah secara atas talian dan dibuka mulai 2 Jun 2014. Sila layari laman web berikut : http://biasiswaendowmen.utm.my
4.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2014
Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 07-5530513/07-5530185 atau emel
kepada : biasiswaendowmen@utm.my