April 30, 2024

Search
Close this search box.

Program Ceramah : “Jenayah dan Keselamatan Komuniti”

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan kesejahteraan rakyat sebagai fokus utama, pendekatan Model Baru Ekonomi telah digunakan oleh kerajaan. Antara faktor pemboleh penting dalam pendekatan ini ialah NKRA yang berkaitan dengan usaha menangani dan mengurang kadar jenayah dalam negara. Pembunuhan kejam menggunakan senjata api dan senjata tajam, penculikan, penderaan terhadap kanak-kanak, penyalah gunaan laman sosial untuk tujuan penghinaan terhadap individu dan penglibatan kumpulan-kumpulan gangster dalam rompakan dan pembunuhan adalah di antara jenayah-jenayah yang terpaksa ditangani oleh agensi penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pihak kerajaan melalui agensi berkaitan telah melakukan pelbagai langkah dalam menangani dan mencegah jenayah dalam negara. Pemerkasaan agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain dilakukan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemampuan dalam menangani jenayah yang kian bersifat lebih kompleks. Ini disebabkan oleh bertambahnya faktor penyumbang kepada berlakunya kes jenayah itu, contohnya kesan negatif teknologi internet, kebanjiran pekerja asing daripada berbagai latar belakang sosial, desakan keperluan hidup dan kecanggihan teknologi.

Oleh itu, penglibatan masyarakat dan semua penduduk negara ini dalam membantu mewujudkan kehidupan yang selamat dan aman adalah penting seperti yang diamalkan oleh banyak negara maju. Bagi mendapatkan maklumat terbaik mengenai peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan oleh masyarakat bagi tujuan ini, maka satu wacana khas berjudul “Jenayah dan Keselamatan Komuniti” akan diadakan oleh UTM Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Pencegahan & Pembanterasan Jenayah, PDRM Bukit Aman.

Penceramah      : YBhg. Dato’ Wira Ayub Bin Hj. Yaakob
(Pengarah Jabatan Pencegahan & Pembanterasan Jenayah, Polis Diraja Malaysia)

Tarikh                 : 18 hb Disember 2013
Masa                   : 2.30 petang
Tempat               : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Booth pameran              : 9.00 pagi – 5 .00 petang.

Sasaran Peserta:

Mahasiswa, staf, Masyarakat setempat, Kaunselor sekolah, Guru disiplin, YDP PIBG sekolah, Ketua masyarakat, KRT tempatan, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua JKKK, pemimpin pemimpin Masyarakat, RELA, JPAM, Bahagian Keselamatan IPTA & IPTS serta segenap lapisan masyarakat di negeri Johor.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Khamisah bt. Sulaiman di talian : 07-5530774

WEB BANNER

Explore More