November 25, 2024

Search
Close this search box.

KOTA TINGGI, 22 Dis. — Seramai 20 orang kakitangan Jabatan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil inisiatif murni membantu mangsa-mangsa banjir  melalui Misi Bantuan Pasca Banjir anjuran jabatan berkenaan bertempat di Kota Tinggi, Johor.

Program yang berlangsung di Kampung Mawai itu melibatkan pembersihan dua buah rumah yang rosak akibat dilanda banjir baru-baru ini.

Pendaftar UTM, Abdul Razib Hj. Shahuddin berkata matlamat program ini adalah untuk menghulur bantuan bagi meringankan beban mangsa dan juga memulihkan keadaan rumah yang rosak teruk akibat banjir yang melanda daerah Kota Tinggi khususnya Kg. Mawai.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial jabatan ini di bawah program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) kepada mereka yang memerlukan.

Program ini juga adalah misi kemanusiaan dengan menghulur sumbangan kepada mangsa yang telah mengalami kerugian disebabkan kerosakan harta benda akibat bencana banjir,”katanya.

Abdul Razib berkata selain daripada memberikan bantuan kepada yang amat memerlukan, program ini juga dilihat amat berkesan dalam menggalakkan ukhwah serta rasa prihatin sesama rakyat Malaysia.

“Program USR ini juga dilihat sebagai satu usaha murni bagi mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni sekaligus memberikan impak dan manfaat kepada kesejahteraan dan kebajikan masyarakat serta organisasi seperti UTM amnya,” katanya.

Antara bantuan yang diberikan adalah sumbangan alat-alat pembersihan untuk kegunaan harian seperti penyapu, berus dan sabun di samping sumbangan makanan serta bantuan wang tunai.

Kumpulan sukarelawan staf Jabatan Pendaftar UTM menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir di Kg. Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Seorang staf Jabatan Pendaftar UTM membakar barangan rumah yang rosak akibat banjir di Kg. Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Staf Jabatan Pendaftar UTM mengangkat gumpalan tikar getah yang telah rosak akibat banjir.
Kakitangan Jabatan Pendaftar UTM membantu mencuci tikar getah yang kotor akibat banjir di Kg. Mawai, Kota Tinggi.
Membantu membasuh cawan dan gelas yang kotor akibat banjir.

Explore More