November 29, 2024

Search
Close this search box.

Karnival Kerjaya UTM dapat sambutan hangat

Profesor Dr Mohd Ismail bersama penaja di majlis perasmian.

JOHOR BAHRU; Karnival Kerjaya anjuran Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan pada 15 dan 16 Mei 2013 bertempat di Dewan Sultan Iskandar mendapat sambutan menggalakkan.

Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ismail bin Abd. Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) di Dewan Sultan Iskandar, UTM dan telah disertai oleh 50 syarikat dari pelbagai sektor yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian dan juga kepada alumni UTM yang telah menamatkan pengajian.

Antara syarikat yang menyertai program ini ialah Sclumberger WTA (M) Sdn Bhd, Halliburton Energy Services (M) Sdn Bhd, Petrofac E & C Sdn Bhd, dan Shell People Services Asia yang merupakan penaja platinum program ini.

Program ini diselaraskan oleh Unit Pembangunan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM dengan penglibatan lebih 87 orang mahasiswa UTM yang telah membuat persediaan dari Februari lepas sehinggalah berlangsungnya program.

Pelbagai program menarik telah disediakan untuk para pengunjung yang hadir antaranya sesi temuduga bersama syarikat, Special Luncheon Talk, pameran kerjaya, ceramah kerjaya, BBQ Night dan Networking Tea With Dean. Program Karnival Kerjaya yang diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menamatkan pengajian kelak.

Selain itu, karnival ini juga merupakan satu platfom kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berkongsi maklumat dalam dunia pekerjaan serta merapatkan hubungan di antara pelajar, pihak universiti dan pihak industri.

Para pelajar juga diberi pendedahan awal tentang alam pekerjaan luar yang penuh cabaran sekaligus dapat menambahkan pengalaman pelajar dan membantu pelajar menjadi lebih bersedia sebelum melangkah alam pekerjaan.  Semoga program yang bermanfaat ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.

Explore More