April 28, 2024

Search
Close this search box.

UTM mulakan kempen tanggungjawab sosial 2013 di Taman Universiti

JOHOR BAHRU, 5 Januari 2012 – UTM telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana 2013 di  kawasan taman  perumahan Jalan Penyiaran 11, Taman Universiti, Skudai Johor.  Program sosial ini merupakan salah satu program kerjasama  dengan Jawatankuasa penduduk MPJBT Zon Taman Universiti yang bertujuan untuk:

  • Mewujudkan hubungan yang baik di antara universiti dengan agensi lain dan juga komuniti setempat.
  • Menggalakkan mahasiswa dan staf melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang dapat menjadi nilai tambah dalam pembangunan modal insan.
  • Meningkatkan tahap kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar

UTM telah lama melaksanakan program-program khidmat komuniti, dan program gotong royong ini merupakan program khidmat komuniti pertama bagi tahun 2013.

Program ini melibatkan beberapa agensi seperti MPJBT, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Johor (PPSPPA), RELA dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ahli Majlis MPJBT (zon Taman Universiti), Tuan Haji ssan Bin Haji Sabuddin turut memainkan peranan bagi memastikan segala persiapan dan kelengkapan disediakan dengan secukupnya


                    

Dianggarkan 200 orang mahasiawa  dan staf  UTM  bersama-sama penduduk setempat berganding bahu membersihkan kawasan di kejiranan Jalan Penyiaran, Taman Universiti.

Selain aktiviti pembersihan kawasan, turut diadakan adalah aktiviti pameran, pertandingan mewarna dan kempen kitar semula. Pada waktu yang sama, Southern Waste Management Sdn. Bhd.  menyerahkan 1800 tong sampah percuma kepada penduduk di kawasan tersebut.

Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abd Aziz Sapian  (ADUN Nusajaya) dan turut dihadiri Oleh Y. Bhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Bin Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta pegawai-pegawai kanan universiti.

 

Explore More