April 29, 2024

Search
Close this search box.

‘HCI DAY’ 2019 Tampil Idea Kreatif Inovasi Mahasiswa Komputeran

JOHOR BAHRU, 20 Dis. – Sekolah Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan HCI Day baru-baru ini.

‘HCI Day’ merupakan program tahunan yang diadakan bagi meraikan mahasiswa Sekolah Komputeran yang bertungkus – lumus dalam menjayakan projek bagi subjek ‘Human Computer Interaction’ pada tahun tersebut.

Di samping itu, mahasiswa turut didedahkan dengan ilmu baharu yang lebih meluas berkaitan subjek ini.

Program yang dijalankan di Dewan Kejora, N28A ini telah berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Program ini dihadiri oleh semua mahasiswa yang mengambil subjek ‘Human Computer Interaction’ dan para pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Masitah Binti Ghazali, Dr. Nur Zuraifah Syazrah binti Othman, Cik Nor Anita Fairos binti Ismail, Dr. Farhan Mohamed dan Prof. Madya Dr. Nor Azman Ismail.

Program ini turut dihadiri oleh tiga tetamu jemputan yang akan memberi penilaian dalam pertandingan pameran video yang diwakili oleh setiap seksyen dan dua daripadanya memberi ceramah kepada mahasiswa.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini iaitu ceramah yang bertajuk ‘Designing for Future Customers’ yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Hafiz Bin Abdul Rajak daripada TM Berhad.

Dr Azrina Kamaruddin daripada myHCI-UX turut menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Applying UX to FYP’.

Kedua-dua ceramah ini disampaikan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam persediaan Projek Sarjana Muda serta kerjaya berkaitan reka bentuk dan ‘UI / UX’.

Encik Hafiz menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Applying UX to FYP’

Selain itu, terdapat juga pameran prototaip projek di mana tetamu jemputan dan mahasiswa dapat melihat setiap idea kreatif yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan mengenai sistem yang mempunyai interaksi dengan manusia.

Dr. Azrina bersama mahasiswa semasa pameran prototaip

Akhir sekali, aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan pameran video.

Setiap seksyen telah menghantar 1 video yang mewakili seksyen tersebut dalam pertandingan ini. Maka, terdapat 7 video yang dipertandingkan dan dinilai oleh juri jemputan.

Pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, tempat kedua sebanyak RM150 dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100. Manakala hadiah saguhati sejumlah RM50 diberikan kepada setiap kumpulan yang bertanding mewakili setiap seksyen.

Pemenang tempat pertama bersama Encik Hafiz dan Dr. Farhan

Kumpulan dari Seksyen 04 telah mengungguli tempat pertama dengan idea mereka iaitu aplikasi ‘Sign Language’, diikuti pula kumpulan dari Seksyen 06 yang membawa idea ‘Smart Luggage’ telah mendapat tempat kedua dan tempat ketiga iaitu kumpulan dari Seksyen 02 yang telah menghasilkan idea ‘Smart Handrail’.

Semasa sesi penutupan majlis, Dr. Fariza Hanis binti Abdul Razak yang merupakan pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memberikan ucapan penutup majlis dan memberikan kata-kata semangat kepada para mahasiswa.

Para pensayarah ‘Human Computer Interaction’ bersama tetamu jemputan

Explore More