April 10, 2025

WhatsApp Image at PM

Warga UTM berganding bahu ceriakan Perumahan Desa Bakti bersama

JOHOR BAHRU, 27 Feb – Program gotong-royong mengecat Perumahan Desa Bakti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berlangsung dengan jayanya bermula seawal jam 8.00 pagi. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 230 orang, termasuk 127 penghuni Perumahan Desa Bakti, 96 staf UTM yang majoritinya dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP), serta tujuh orang pelajar.

Projek mengecat semula Perumahan Desa Bakti bertujuan menceriakan dan memperindah kediaman menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Projek yang menelan belanja kira-kira RM600,000 ini telah bermula sejak Oktober 2024 dan dilaksanakan secara ‘amalgamate’, iaitu dengan bahagian atas bangunan dicat oleh kontraktor yang dilantik, manakala bahagian bawah dilakukan secara bergotong-royong. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga memberi peluang kepada penghuni dan warga UTM untuk turut serta dalam usaha mencantikkan persekitaran kediaman mereka sendiri.

WhatsApp Image at PM
Sebahagian sukarelawan mendengar taklimat ringkas sebelum aktiviti mengecat dimulakan
WhatsApp Image at PM ()
Ketua blok bertindak sebagai penyelia sepanjang kerja-kerja mengecat dijalankan

Sebanyak 50 blok perumahan, merangkumi 200 unit rumah, berjaya dicat secara bergotong-royong mengikut zon dengan warna yang telah dipilih oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad. Aktiviti ini bukan sahaja memperindah kawasan perumahan tetapi turut mengeratkan hubungan antara penghuni, staf, dan pelajar yang terlibat. Setiap perumahan Desa Bakti dicat dengan skim warna yang berlainan sebagai identiti bagi setiap zon iaitu warna krim bagi Desa Bakti 1, warna ungu bagi Desa Bakti 2, warna biru firus bagi Desa Bakti 3 dan warna hijau bagi Desa Bakti 3.

WhatsApp Image at PM
Agihan cat mengikut warna yang telah ditetapkan mengikut empat zon di Perumahan Desa Bakti
WhatsApp Image at PM ()
Staf dan pelajar berganding bahu sebagai sukarelawan dalam program ini

Menurut salah seorang peserta, program gotong-royong ini memberikan pengalaman bermakna kerana bukan sahaja memperbaiki persekitaran, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga UTM. Penghuni Desa Bakti turut meluahkan rasa bangga kerana dapat menyumbang kepada usaha menceriakan kawasan perumahan mereka, yang kini tampak lebih segar dan moden setelah lebih 20 tahun tidak dicat semula.

WhatsApp Image at PM
Sukarelawan giat menjalankan kerja-kerja mengecat di Desa Bakti 1

Inisiatif ini turut mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan universiti yang melihatnya sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti persekitaran kediaman warga UTM. Program ini membuktikan bahawa semangat sukarelawan yang mencerminkan nilai kerjasama serta kepedulian sosial masih utuh dalam kalangan warga UTM. Dengan semangat kebersamaan ini, diharapkan Perumahan Desa Bakti akan terus menjadi tempat tinggal yang lebih ceria dan kondusif untuk semua penghuninya.

Explore More