Disember 27, 2024

Family Day FC

JOHOR BAHRU, 13 Sept – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menganjurkan Program Hari Keluarga di Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan staf Fakulti Komputeran bersama ahli keluarga, serta menggalakkan kerjasama, toleransi dan semangat kekitaan. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sukaneka, pertandingan, makan malam bersama keluarga besar Fakulti Komputeran, senamrobik, serta kutip sampah sambil riadah (KUDAH) di pantai.

Jawatankuasa Hari Keluarga Fakulti Komputeran mengambil langkah proaktif dengan mengintegrasikan elemen kelestarian melalui tema ‘Sifar Plastik Sekali Guna’. Para peserta diminta untuk membawa botol air sendiri, manakala pihak hotel menyediakan cawan kertas bagi menggantikan cawan plastik pakai buang semasa sukaneka. Hadiah dan cenderamata disusun dengan pendekatan mesra alam, mengelakkan penggunaan plastik sekali guna. Kempen kelestarian ini juga diperkuatkan melalui poster dan hebahan yang menyokong usaha meminimumkan penggunaan plastik.

Family Day FC
Banner Hari Keluarga Fakulti Komputeran dengan tema ‘Sifar Plastik Sekali Guna’
IMG
Hadiah dibungkus menggunakan beg mesra alam dan boleh dikitar semula
Penggunaan cawan kertas semasa aktiviti sukaneka

Menurut Pengarah Program, En. Masnawi Miskam, kempen ini bertujuan mempromosikan penggunaan bahan alternatif mesra alam seperti beg kain, produk biodegradasi, atau yang boleh digunakan semula. “Kempen ini mendidik komuniti tentang kesan negatif plastik sekali guna, serta mendorong mereka mengubah tabiat seperti membawa bekas makanan sendiri dan menggunakan botol air boleh guna semula,” katanya.

Kempen ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang melibatkan SDG 11 (Komuniti dan Bandar Lestari), SDG 12 (Tanggungjawab Terhadap Penggunaan dan Pengeluaran Lestari), SDG 13 (Tindakan Iklim), dan juga SDG 14 (Kehidupan di Air), sebagai langkah menjaga bumi untuk generasi akan datang.

Family Day
Karikatur Program Hari Keluarga Fakulti Komputeran

Explore More