November 22, 2024

Search
Close this search box.
DSCF

Kerjasama UTM-POLBAN perkukuh hubungan penyelidikan dan inovasi

JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Pusat Penyelidikan Pembangunan UTM (UTM-CRC) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Mohd. Sam telah menjalinkan kerjasama erat dengan penyelidik dan pensyarah dari Jurusan Teknik Sipil, Politeknik Negeri Bandung (POLBAN), Indonesia, di bawah pimpinan Dr.-Ing. Luthfi Muhammad Mauludin, melalui satu program kolaborasi inovatif yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos 2024.

Program dimulakan dengan sesi International Technical Talk and Research Sharing Session pada 31 Julai yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru. Sesi tersebut menampilkan enam orang pembentang dari UTM dan tujuh orang pembentang dari POLBAN, yang berkongsi hasil penyelidikan serta inovasi teknikal dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan. Perbincangan yang diadakan memperkukuh hubungan akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi, sekali gus membuka peluang kerjasama penyelidikan yang lebih lanjut di masa hadapan.

DSCF
Wakil POLBAN membentangkan hasil penyelidikan mereka
DSCF
Pembentangan dari salah seorang wakil UTM
DSCF
Sesi serahan cenderahati antara UTM dan POLBAN
DSCF
Semua pembentang dari UTM dan POLBAN bergambar bersama

Pada 1 Ogos, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilanjutkan dengan aktiviti penghasilan perabot menggunakan teknologi simenfero, yang melibatkan penduduk Kampung Felda Air Tawar 3. Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan teknologi bahan binaan simenfero kepada komuniti setempat, dengan penyertaan para penyelidik dan pensyarah dari UTM serta POLBAN, bersama pelajar FKA UTM. Penduduk kampung juga turut serta dalam menghasilkan perabot inovatif ini.

DSCF
Taklimat dijalankan sebelum pelaksanaan teknologi simenfero

Program ini bukan sahaja berjaya memindahkan teknologi dan kemahiran kepada penduduk tempatan, malah turut mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan Malaysia dan Indonesia dalam konteks pembelajaran, penyelidikan, dan tanggungjawab sosial. Penduduk Kampung Felda Air Tawar 3 menyambut baik inisiatif ini, yang diharapkan dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.

DSCF
Proses penghasilan kerusi simenfero oleh penduduk dan wakil institusi

Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Mohd. Sam menyatakan bahawa aktiviti seperti ini adalah penting untuk memperkasakan komuniti melalui penyelidikan yang dapat diaplikasikan secara langsung. Dr.-Ing. Luthfi Muhammad Mauludin pula menyuarakan harapan agar kolaborasi ini menjadi model kepada program CSR antara institusi pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara.

Explore More