November 5, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

FSSH UTM tingkat kemahiran kraf tangan dalam kalangan komuniti

KANGKAR PULAI, 16 Ogos – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan Projek Program Pemindahan Ilmu (KTP) bertajuk Kelestarian Produk Batik dan Ikat Celup, yang bertujuan untuk memperkasakan komuniti setempat melalui peningkatan kemahiran kraf tangan.

Projek ini diketuai oleh Dr. Sharifah Maryam binti Syed Azman, Pensyarah Kanan FSSH, dengan matlamat untuk meningkatkan kemahiran pembuatan kraf tangan dan jahitan dalam kalangan komuniti Flat Jentayu, Kangkar Pulai, Johor Bahru. Program ini dilaksanakan dalam dua fasa, di mana fasa pertama telah selesai pada 16 Ogos 2024. Seramai 15 orang peserta telah terlibat, yang mana program dimulakan dengan sesi pembelajaran teori mengenai teknik batik ikat celup, diikuti dengan sesi amali ikat celup.

WhatsApp Image at
Sesi pengajaran teori tentang teknik batik ikat celup
WhatsApp Image at
Sesi praktikal teknik batik ikat celup
WhatsApp Image at ()
Hasil ikat celup yang dihasilkan oleh peserta

Seterusnya, peserta mempelajari teori mengenai teknik jahitan sulaman, diikuti dengan sesi praktikal jahitan.

WhatsApp Image at
Sesi pengajaran teori jahitan sulaman
WhatsApp Image at
Sesi praktikal jahitan sulaman
WhatsApp Image at
Contoh hasil sulaman peserta

Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan hasil ikat celup dan sulaman tercantik sebagai penghargaan kepada kreativiti peserta. Dr. Sharifah Maryam menegaskan bahawa program ini bukan sahaja memupuk kesedaran terhadap kelestarian tetapi juga menyediakan platform kepada peserta untuk meneroka peluang perniagaan melalui kraf tangan. Selain itu, kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taazim (YPKDT) dirancang pada fasa kedua program ini, yang dijadualkan berlangsung pada Disember 2024, untuk memperkenalkan skim bantuan perniagaan kepada para peserta.

WhatsApp Image at
Penyampaian hadiah bagi pertandingan hasil ikat celup dan sulaman tercantik

Projek KTP ini turut memberi peluang kepada mahasiswa UTM untuk terlibat dalam aktiviti service-learning, yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan perkhidmatan komuniti. Selain itu, program ini juga memberikan manfaat besar kepada masyarakat setempat dengan meningkatkan kesedaran tentang kelestarian dan kemahiran kraf tangan yang berpotensi menjana pendapatan tambahan.

UTM berharap program ini dapat diteruskan dan dijadikan model bagi inisiatif kelestarian lain yang menyokong dan memperkasakan komuniti setempat.

Explore More