Disember 4, 2024

Search
Close this search box.
gambar tvet dengan barkat

Membangunkan insan hadhari melalui program pemerkasaan TVET

JOHOR BAHRU, 8 Jun Dalam usaha merealisasikan agenda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu teras strategik ketiga melalui pengembangan Universiti menerusi kebitaraan yang unik dan khusus untuk kelestarian jangka masa panjang, maka Program Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama Rumah Anak Yatim Barkat Johor Bahru telah dilaksanakan melalui program pembelajaran berasaskan servis. Objektif program ini adalah untuk membina hubungan dan interaksi yang positif dengan golongan anak yatim bagi memahami keperluan psikososial mereka. Program ini juga bertujuan untuk memberikan sokongan emosi dan motivasi serta membangunkan kemahiran teknikal dan vokasional mereka agar mereka lebih bersedia menghadapi masa depan dengan keyakinan dan keterampilan.

Program Pemerkasaan TVET menunjukkan komitmen mahasiswa UTM dalam menyokong pembangunan modal insan negara, terutamanya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional yang penting dalam menghadapi cabaran global. Program ini tidak hanya meningkatkan kemahiran teknikal pelajar, tetapi juga memupuk nilai-nilai karomah insaniah dan kebertanggungjawaban sosial dalam kalangan mereka. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan) dan SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dengan memastikan akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasakan generasi muda dengan kemahiran yang relevan untuk peluang pekerjaan yang lebih baik, serta menyokong kesejahteraan emosi dan psikososial komuniti Rumah Barkat bagi mencapai keseimbangan hidup yang holistik.

gambar utm barkat
Delegasi pelajar tahun 4 SHPJH dan 4 SHPRH Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), UTM Ke Rumah Anak Yatim Barkat, Johor Bahru

Program ini telah dianjurkan oleh pelajar seksyen 1 kursus Bina Insan Guru (BIG) (SHPP 4043-01) yang merupakan Pelajar Pendidikan Tahun Akhir Teknologi Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik. Seramai 66 orang penghuni rumah anak yatim Barkat telah turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Program pembelajaran berasaskan servis ini melibatkan pengenalan kepada kursus pendidikan teknikal dan vokasional untuk memastikan peserta program mendapat pendedahan yang mencukupi kepada teknologi terkini dan proses industri yang sebenar. Aktiviti pembelajaran berasaskan servis dan interaksi dengan penghuni Rumah Barkat secara tidak langsung telah memupuk nilai-nilai keprihatinan sosial dan kepedulian di kalangan mahasiswa UTM.

Program ini melibatkan penyediaan kursus pendidikan teknikal khusus yang disesuaikan dengan asas pengenalan TVET untuk memastikan peserta mendapat pendedahan yang mencukupi kepada teknologi terkini dan proses industri yang sebenar.

AA B BCA ACB AAADDC
Sesi taklimat Program Pemerkasaan TVET yang diberikan oleh Timbalan Pengarah Program

Program Pemerkasaan TVET telah dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai Asas Pengenalan TVET dan kuiz oleh beberapa orang mahasiswa UTM yang mewakili bidang teknologi Elektrik dan Elektronik, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan dan Teknologi penyaman udara.  Pada masa yang sama, aktiviti sukaneka yang disertai oleh anak-anak sekolah rendah di Rumah Barkat telah menguji dan mengasah kemahiran mereka dalam aspek berpasukan, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan baik. Kemudian, sebahagian besar peserta di Rumah Barkat ini diberikan ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka ini memberikan satu pengalaman hands on yang baru berkaitan TVET iaitu pemasangan model kit robot climbing.

IMG

IMG

IMG

IMG
Para pelajar yang bertugas sebagai fasilitator sekolah rendah

IMG

IMG

IMG

IMG
Para pelajar yang bertugas sebagai fasilitator sekolah menengah

 Majlis perasmian penutup telah dimulakan dengan ucapan aluan pengarah program, saudara Abdul Khales Fitri diikuti oleh ucapan aluan dari pensyarah kursus Bina Insan Guru Seksyen 1, Dr. Salmalina Salleh yang juga merupakan penasihat program. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nasir Abdul Malik selaku pengerusi Biro Keceriaan asrama, dekorasi dan seni taman Rumah Barkat. Dalam masa yang sama, Unit Sumbangan telah menghadiahkan sebuah rostrum futuristik atas inisiatif mereka sendiri.

IMG

IMG
Ahli Unit Sumbangan yang Membuat Rostrum Sebagai Cenderamata Kepada Rumah Barkat.
IMG
Majlis Penyampaian Hadiah Bersama Wakil Pihak Rumah Anak Yatim Barkat

IMG

IMG
Sesi makan tengahari bersama anak yatim di Dewan Makan Rumah Barkat.
gambar tvet dengan barkat
Sesi Bergambar Bersama Pelajar TVET Tahun 4 UTM dan Rumah Barkat Anak Yatim di Majlis Penutup

Secara keseluruhan, pembelajaran berasaskan servis di Rumah Barkat Johor Bahru memberikan nilai sentimental dan menggugah nilai kemanusiaan yang mendalam. Program ini merangka masa depan cerah bagi anak yatim, membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup dengan semangat dan harapan. Pembelajaran berasaskan servis bukan sahaja mengubah kehidupan penerima, tetapi juga memberi kegembiraan dan kepuasan kepada pemberi. Ini membuktikan bahawa kebaikan dan kepedulian adalah daya yang tidak ternilai dalam membentuk masyarakat yang lebih baik dan berdaya maju.

Explore More