Julai 6, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Kunjungan hormat Jabatan Tanah dan Ukur (JTS) Sabah ke UTM melalui aktiviti makmal Satelit UTM-JTS Sabah

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah sebagai permulaan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) selepas ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti Makmal Satelit FABU, UTM- JTU Sabah.

Picture
Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail berbincang berkenaan kerjasama UTM-JTU Sabah dengan Datuk Sr Bernard, Pengarah JTU Sabah dalam bidang penyelidikan dan konsultansi.

Delegasi daripada JTU Sabah ini telah diketuai oleh Pengarah JTU Sabah sendiri iaitu Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min beserta 13 orang lagi pegawai-pegawai JTU Sabah dan seorang wakil Juruukur Tanah Berlesen. Kunjungan dari JTU Sabah ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM melalui Majlis Makan Malam UTM-JTU Sabah. Antara wakil UTM yang hadir semasa majlis makan malam tersebut adalah Profesor Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan); Profesor Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengerusi Bahagian Pembangunan Aset; Profesor Madya Dr. Yusof Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan Universiti; Profesor Madya Sr. Dr. Abdullah Hisam Omar, Pengarah Institut Sultan Iskandar; Profesor Sr. Dr. Kherun Nita Ali, Dekan FABU; Sr. Gs. Dr. Othman Zainon, Pengarah Geoinformasi, serta pensyarah-pensyarah kanan dari Program Geoinformasi. Majlis Makan Malam UTM-JTU Sabah tersebut telah diadakan di Rumah Tropika, UTM dengan berlatar belakang permandangan Tasik Ilmu serta Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM.

Picture
Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail menerima cenderamata daripada Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min disaksikan oleh Profesor Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timb. Naib Canselor (Pembangunan) UTM.

 

Picture
Datuk Naib Canselor menyampaikan ucapan amanat beliau berlatar belakang Tasik Ilmu UTM
Picture
Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah menyampaikan ucapan mewakili JTU Sabah

Pada hari kedua kunjung hormat, delegasi JTU Sabah telah dibawa menjalankan lawatan kampus sebagai mengimbau nostalgia bagi kebanyakan ahli delegasi yang merupakan alumni UTM. Antara tempat yang dibawa melawat adalah kolej-kolej kediaman, fakulti-fakulti serta Balai Cerap UTM. Selain itu, delegasi juga sempat dibawa melawat ke Telaga Air Akuifer Batuan UTM yang merupakan penemuan pertama telaga air mineral bagi universiti di Malaysia. Kemudian, delegasi dibawa untuk berjumpa dengan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur di Blok B12, FABU.

Picture
Delegasi dari JTU Sabah dibawa melawat ke Balai Cerap UTM.
Picture
Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset UTM memberi penerangan berkenaan penemuan Telaga Air Akuifer Batuan UTM.
Picture
Delegasi tetamu dari JTU Sabah bergambar berlatar belakang Telaga Air Akuifer Batuan UTM.
Picture
Pertemuan delegasi JTU Sabah dengan Prof. Sr Dr. Kherun Nita, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) di Blok B12, FABU.
Picture
Dekan FABU menerima cendermata daripada JTU Sabah.
Picture
Delegasi JTU Sabah bergambar kenangan bersama Dekan FABU bersama Pengerusi Bahagian Pengerusi Aset dan Pengarah Geoinformasi.

Kemuncak program kunjung hormat ini adalah Sesi Perasmian Makmal Satelit UTM-JTU Sabah bertempat di Makmal Satelit Bersekutu, Aras 3, Blok C02 FABU. Majlis menandatangan plak perasmian tersebut telah disaksikan oleh Sr. Gs. Dr. Othman Zainon, Pengarah Geoinformasi; Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa dan Prof. Madya Sr. Dr. Abdullah Hisam Omar.

Picture
Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min bergambar di hadapan Makmal Satelit Bersekutu FABU, UTM- JTU Sabah bersama pensyarah-pensyarah kanan Geoinformasi, FABU.
Picture
Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa memberi penerangan berkenaan Makmal Satelit Bersekutu FABU-JTU Sabah.
Picture
Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min menandatangani buku pelawat di Makmal Satelit Bersekutu FABU, UTM- JTU Sabah.

Secara keseluruhannya, program kunjung hormat dan perasmian Makmal Satelit FABU, UTM- JTU Sabah ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan bersama pada masa akan datang.

Explore More