Disember 28, 2024

Kelab GPS UTM Laksana Pertandingan Pidato Kepenggunaan IPT 2024

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Kelab Gerakan Pengguna Siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan pertandingan pidato yang bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta dan penonton untuk memahami isu-isu penting berkaitan dengan penggunaan secara bijak dalam pelbagai aspek kehidupan. Program ini melibatkan seramai 12 orang peserta daripada berbagai institusi pendidikan seperti Institut Pendidikan Guru, Kolej Profesional Mara, Politeknik, dan Universiti awam dari berbagai negeri. 

Program bermula dengan pendaftaran peserta yang disusuli dengan taklimat oleh ketua panel juri pertandingan yang menerangkan syarat-syarat pertandingan bagi memastikan kelancaran program. Majlis bermula dengan kata aluan pengacara majlis dan diikuti dengan persembahan dari peserta pidato pertama.

Persembahan peserta pidato kepenggunaan IPT 2024

Persembahan pidato yang disampaikan oleh kesemua pemidato sangat memukau dengan penggunaan suara dan bahasa tubuh yang efektif, emosi yang terkendali serta pengisian yang penuh fakta. Hal ini secara telah tidak langsung memperkenalkan kepada masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penggunaan yang bijak dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Program dilanjutkan dengan penilaian juri untuk penentuan kedudukan tempat Johan, Naib Johan, Ketiga dan dua saguhati yang diumumkan semasa majlis penutup yang dilaksanakan pada hari yang sama. 

Barisan pemenang pertandingan Pidato Kepenggunaan IPT 2024

Pemidato yang berjaya mendapat tempat telah membawa hadiah kemenangan berbentuk wang serta plak. Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga akan membawa RM2000, RM1500 dan RM1000 masing-masing manakala saguhati membawa pulang RM500. Muhammad Ieman Aqasha Mohd Zaidi, Muhammad Ilham Hakim Mohd Qhorizam, dan Muhammad Nur Solihin Malik Radzuan berjaya menempatkan diri sebagai Johan, Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing. Manakala, hadiah saguhati telah diberikan kepada Nur Izyan Najwa Mohmad Nazer dan Muhammad Adam Syahmi Abd Wahab. Kesemua pemenang telah menunjukkan persembahan yang terbaik dan berjaya memukau panel juri dan penonton yang turut hadir semasa pertandingan pidato tersebut.

Melalui pertandingan pidato kepenggunaan IPT 2024 yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa dan krew Karnival Generasi Pengguna Pintar (KGPP) 2024 anjuran kelab gerakan pengguna siswa UTM mampu memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta pidato dan semua warga yang terlibat semasa program dijalankan. Adalah diharapkan program yang dianjurkan oleh kelab gerakan pengguna siswa UTM ini mampu mendorong perubahan positif dalam tingkah laku dan amalan masyarakat.

Explore More