November 22, 2024

Search
Close this search box.

Program “Siswa kepada Siswa 3.0” rapatkan ukhwah penghuni KTHO

JOHOR BAHRU, 20 Jan. – Usaha murni Biro Kerohanian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) menjalankan program Siswa kepada Siswa 3.0 yang bertempat di surau al-Mahabbah KTHO menerima respon positif apabila jumlah peserta yang hadir melebihi jangkaan penganjur.

Program Siswa kepada Siswa 3.0 ini dilaksanakan bertujuan untuk mengagihkan alat tulis yang diperlukan para pelajar untuk menduduki peperiksaan. Selain mengagihkan alat tulis, program ini turut diisi dengan beberapa pengisian menarik yang dilihat mampu merapatkan lagi ukhwah antara penghuni KTHO. Antara pengisian menarik program ini ialah solat isyak berjemaah, solat hajat dan bacaan Yasin untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 28 Januari 2024 sehingga 20 Februari 2024.

Sesi solat isyak dan solat hajat secara berjemaah dijalankan di surau al-Mahabbah KTHO.

Program ini juga turut diisi dengan sesi perkongsian daripada Muhammad Hakim Mohd Zain yang merupakan mantan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM sesi 2022/2023. Antara intipati perkongsian ilmu yang disampaikan ialah tips pecutan akhir untuk menghadapi peperiksaan, bagaimana cara menjaga jati diri sebagai seorang mahasiswa UTM dengan meletakkan akhlak mulia sebagai salah satu ciri penting yang perlu ada dalam diri dan menjadikan UTM sebagai tempat untuk semua memulakan langkah untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.

Suasana semasa sesi perkongsian yang disampaikan oleh mantan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM sesi 2022/2023 sedang berlangsung.

Setelah perkongsian tamat, Muhammad Hakim berharap agar semua yang hadir bersama dalam program tersebut dapat mengambil iktibar dan motivasi daripada perkongsian yang disampaikan. Dengan adanya program seperti ini, pihak penganjur berharap agar ia dapat membantu pelajar-pelajar KTHO yang bakal menduduki peperiksaan dari segi persiapan rohani, mental dan fizikal selain membantu meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli alat tulis yang baru sebagai persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester.

Sesi pengagihan alat tulis kepada pelajar KTHO

Disediakan oleh: Amirul Arif bin Ajes (Penulis), Muhammad Nur Firdaus bin Osman (Penyunting)

Explore More