November 5, 2024

Search
Close this search box.

KTHO pupuk kesiapsiagaan mahasiswa menghadapi kebakaran

JOHOR BAHRU, 20 Dis. – Biro Keselamatan dan Kesihatan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah melaksanakan Program Latihan Kebakaran sebagai salah satu daya usaha keselamatan dan persiapan kecemasan di peringkat kolej.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar KTHO berkenaan tindakan yang perlu diambil semasa kebakaran berlaku. Objektif Latihan kebakaran ini juga membantu pelajar tetap tenang dan bersedia dalam menangani kebakaran.

Latihan kebakaran yang dijalankan pada kali ini menyasarkan penghuni KTHO yang tinggal di blok L04, L05 dan L07 yang majoritinya adalah pelajar tahun satu yang masih baru. Program ini juga melibatkan ahli-ahli JKM dan ERT serta pasukan keselamatan. Terdapat ahli-ahli keselamatan yang ditetapkan bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan dan mengawasi latihan.

Program yang bermula tepat pada jam 10.30 malam dimulai dengan  bunyi letupan dan bunyi penggera kebakaran. Seramai 200 orang mahasiswa KTHO  berjaya mengosongkan bangunan dalam tempoh kurang lima minit dengan bantuan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Keselamatan.

Antara pengisian program ini adalah taklimat daripada Bahagian Keselamatan, PKU dan OSHE yang menjelaskan teknik-teknik memadam kebakaran yang berkesan menggunakan alat pemadam api, tindakan yang perlu diambil sekiranya melecur atau cedera semasa kebakaran dan juga kaedah mengenal pasti sama ada alat pemadam yang ada di UTM masih befungsi dengan baik atau tidak.

Diharapkan dengan berlangsungnya program latihan kebakaran ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk lebih bersedia sekiranya berlaku kebakaran pada masa akan datang.

Oleh: Tan Jing Wen (Penulis), Muhammad Nur Firdaus bin Osman (Penyunting)

Explore More