November 25, 2024

Search
Close this search box.

Kunjungan Departemen Perencanaan Wilayah dan Kota, UNHAS ke UTM

JOHOR BAHRU, 18 Okt.– Pihak Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) dan Program Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menerima kunjungan delegasi dari Departemen Perencanaan Wilayah dan Kota, Fakultas Teknik, Universitas Hassanudin (UNHAS), Makassar, Indonesia.

Kunjungan yang diketuai oleh Dr. Eng. Abdul Rachman Rasyid, ST., M.Si (Ketua Departemen Perencanaan Wilayah dan Kota) turut disertai seramai empat (4) orang staf akademik iaitu Prof. Dr. Ir. Arifuddin Akil, MT, Loade Muhammad Asfan Mujahid, ST., MT dan Suci Anugrah Yanti, ST., M.Si dan seorang staf bukan akademik iaitu Haerul Muayyar, S.Sos.

Sementara iut, delegasi UNHS melibatkan seramai 76 orang mahasiswa dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Kunjungan ini adalah susulan lawatan pihak CIPD ke Fakultas Teknik, UNHAS pada Julai 2023 dan merupakan kunjungan pertama dari pihak UNHAS khasnya bagi bidang perancangan bandar dan wilayah sejak hubungan kerjasama terjalin melalui Memorandum Persefahaman UTM-UNHAS yang dimeterai pada 1 Mac 2021.

 

 

Sepanjang tempoh lawatan setengah hari ini, pelbagai program telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada Persatuan Mahasiswa Perancang Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA). Pada sesi pagi, satu sesi perkongsian dari pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan.

Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), FABU, Prof. Ts. Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein dalam ucapan aluannya menyatakan lawatan ini mampu menyuburkan percambahan ilmu perkongsian idea dan menjadi rujukan dan peanduan kepada pihak UNHAS dan UTM, terutamanya kepada profesyen perancang bandar di Nusantara ini.

 

Prof. Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FABU ketika menyampaikan ucapan aluan pada program berkenaan.

 

Dr. Eng. Abdul Rachman Rasyid, ST., M.Si., Ketua Departemen Perencanaan Wilayah dan Kota, UNHAS selaku ketua delegasi dari UNHAS.

Suatu sesi perkongsian ilmu daripada dua orang pensyarah UTM, iaitu Dr. Safizahanin Mokhtar; pensyarah Program Perancangan Bandar dan Wilayah FABU dengan tajuk From Car to Rail-Based Transit Oriented Developments (TOD) manakala Prof. Madya Dr. Sitti Asmah Hassan, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) telah berkongsi berkaitan Urban Mobility: The Walkability Concept in Transit-Oriented Development.

 Sesi perkongsian ilmu daripada pensyarah-pensyarah UTM.
        Para pelajar dari UNHAS telah melawat sekitar Fakulti Alam Bina dan Ukur dan sekitar Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM.

Dalam sesi kedua, PEWIBAWA telah membawa para pelajar dari UNHAS dalam sesi Faculty Campus Tour bagi tujuan memberi peluang pelajar melawat sekitar FABU dan Bangunan Canseleri, UTM serta mengenali UTM secara lebih dekat. Manakala staf akademik dan bukan staf akademik telah dijemput ke Pejabat CIPD bagi menghadiri sesi perbincangan kolaborasi penyelidikan bersama felo-felo penyelidik CIPD. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk bentuk kerjasama yang boleh diadakan antara penyelidik CIPD dengan pihak Departemen Perencanaan Wilayah dan Kota, UNHAS ialah penyelidikan bersama (Matching Grant) yang bersesuaian dalam bidang perancangan bandar dan wilayah, program perkongsian ilmu seperti kolokium dan seminar, penganjuran seminar bersama, penerbitan artikel jurnal dan buku yang berimpak.

Selain itu, kedua-dua pihak bercadang akan mengadakan program mobiliti staf dan pelajar. Ketua Program Perancangan Bandar dan Wilayah, UTM yang juga felo penyelidik CIPD turut mengalu-alukan pihak staf akademik UNHAS yang berminat untuk mengikuti pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran yang berkaitan dengan bidang perancangan bandar di UTM. Selain itu, program pertukaran pelajar di antara kedua-dua universiti turut dicadangkan bagi meluaskan pengetahuan dan ilmu dalam kalangan pelajar. Menerusi lawatan ini, kolaborasi dan kerjasama yang terjalin dapat diperkuatkan, serta memberi manfaat dan impak yang lebih berkesan dalam bidang perancangan bandar dan wilayah kepada kedua-dua pihak UTM dan UNHAS.

            Sesi lawatan staf akademik Departemen Perencanaan Wilayah dan Kota, UNHAS ke Pejabat Pengurusan CIPD.

 

Sesi perbincangan kolaborasi penyelidikan dan akademik oleh delegasi dari UNHAS bersama felo-felo penyelidik CIPD

Explore More