Jun 26, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at AM ()

Fiesta OSHE Fakulti Sains: Jom amalkan budaya kerja selamat dan sihat

JOHOR BAHRU, 10 Nov. – Fakulti Sains telah berjaya menganjurkan Fiesta OSHE Fakulti Sains 2023 bertempat di sekitar Fakulti Sains dan secara maya melalui webex dan facebook live bermula pada 24 Oktober 2023 hingga 9 November 2023. Selaras dengan Dasar Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti, Fakulti Sains mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran, kemahiran dan menambah pengetahuan staf dan pelajar berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran kerja melalui program berbentuk perkongsian ilmu, bengkel, latihan dan aktiviti gaya hidup sihat. Pada kali ini sebanyak 7 perkongsian ilmu, 4 latihan kecemasan, 1 bengkel, 2 senamrobik dan fun walk telah Berjaya dianjurkan dan mendapat sambutan yang tinggi bukan sahaja daripada kalangan staf dan pelajar Fakulti Sains malahan komuniti UTM serta pihak luar juga telah turut serta memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti sepanjang Fiesta OSHE FS 2023 ini.

WhatsApp Image at AM
Sesi tabletop firedrill yang disampaikan oleh En. Mohammad Firdaus Wahyudin bersama pasukan Bahagian Keselamatan UTM.

Webinar perkongsian ilmu ini mengenengahkan isu-isu semasa universiti seperti Pengurusan Kontraktor dan PTW, Pembelian dan Penyimpanan Bahan Kimia, Analisa Risiko di Tempat Kerja, Bahaya Kebakaran, Kesihatan Rohani, Pencegahan Denggi dan Pengurusan Keselamatan Makmal. Sesi perkongsian ilmu ini turut dipaparkan pada facebook Fakulti Sains. Sila layari facebook ‘’Faculty of Science, Unversiti Teknologi Malaysia’’ untuk menonton semula webinar-webinar tersebut.

Latihan kecemasan dan Bengkel juga turut diadakan pada Fiesta OSHE Fakulti Sains iaitu Latihan Tumpahan Merkuri, Bengkel HIRARC, Tabletop Firedrill, Latihan Praktikal Perlindungan Sinaran dan Pengungsian Bangunan Fakulti Sains. Bengkel dan latihan kecemasan tersebut diadakan untuk meningkatkan pemahaman dan kaedah pengendalian yang selamat dan betul apabila berlakunya kejadian kecemasan di tempat kerja.

WhatsApp Image at AM ()
Sesi saringan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama KPJ Pasir Gudang dan KPJ Johor Bahru

Fakulti Sains juga turut mengadakan saringan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama KPJ Pasir Gudang dan KPJ Johor Bahru. Pemeriksaan darah tinggi, tahap kolestrol, kandungan gula dan BMI antara pemeriksaan yang dapat dilakukan oleh pengunjung dan sebanyak 70 pain darah telah berjaya dikumpulkan bertempat di UTM HelixS Blok C17 109. Manakala di Parkir C20 Fakulti Sains diadakan jualan ‘’Food Truck dan Car Boot Sales’’ yang mendapat sambutan ramai warga UTM yang hadir memeriahkan Fiesta OSHE Fakulti Sains.

WhatsApp Image at AM ()
Food truck dan car boot sales turut diadakan sempena Fiesta OSHE Fakulti Sains bagi memeriahkan lagi penglibatan warga UTM.

Kemuncak program adalah perasmian penutup oleh Dekan Fakulti Sains iaitu Y.Brs Prof. Madya Dr. Shafinaz Shahir yang diadakan di Dataran Fakulti Sains selepas aktiviti senamrobik dan Fun Walk. Dekan melahirkan rasa gembira atas kejayaan penganjuran program ini dan berhasrat untuk meneruskannya pada masa hadapan bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada semua peri pentingkannya budaya kerja dan persekitaran yang selamat dan sihat.

WhatsApp Image at AM
Latihan pengungsian bangunan yang diadakan di Blok T02 Jabatan Biosains Fakulti Sains UTM.

Justeru itu, pengungsian bangunan telah diadakan di Blok T02 sebagai latihan dan persediaan sekiranya berlaku kebakaran. Program yang bermula pada pukul 11.30 pagi mendapat kerjasama semua warga fakulti terutamanya Jawatankuasa Pengungsian Bangunan Fakulti Sains dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UTM, SPP Pejabat Harta Bina, Pusat Kesihatan UTM dan OSHE UTM.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Fakulti Sains ingin merakam penghargaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat dimanfaat sebaiknya kepada semua.

Explore More