November 16, 2024

Search
Close this search box.

UTM Kuala Lumpur sambut 155 pelajar baharu

KUALA LUMPUR, 1 Okt. – Kolej Siswa Jaya, Setapak menerima kedatngan mahasiswa baharu dan keluarga untuk sesi pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Kampus Kuala Lumpur.

Para pelahar dan ibu bapa diberikan taklimat oleh Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminuddin Haji Abu, bersama Pengetua Kolej Siswa Jaya, Dr. Mohamed AzlanSuhot serta felo-felo yang terlibat.

Kegembiraan terpancar pada setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ketika mendaftar sebagai pelajar di Kolej Siswa Jaya.

Seramai 15 orang petugas yang terlibat dalam Minggu Mesra Mahasiswa (3M) UTM Kuala Lumpur Sesi 2023/2024.

Warga kampus yang terlibat secara langsung terdiri dari UTM Digital, UTM Fleet, Seksyen Pengurusan Perniagaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM Kuala Lumpur yang menyertai dalam penyediaan penginapan, kenderaan mahasiswa baharu ke kampus dan menyediakan peralatan siaran secara langsung di Dewan Azman Hashim.

Jumlah pelajar yang telah mendaftar di UTM Kuala Lumpur iaitu seramai 155 orang pelajar, dengan pecahan pelajar di fakulti Malaysia-Japan International Institute (MJIIT) seramai 142 orangmanakala Fakulti Teknologi Informatik Razak (FTIR), 12 orang.

Explore More