November 21, 2024

Search
Close this search box.

FABU anjur pertandingan mitigasi perubahan iklim sempena Minggu Sains Negara 2023

JOHOR BAHRU, 20 Ogos Karnival Minggu Sains Negara (MSN 2023) telah berlangsung pada 19 dan 20 Ogos 2023 di Stadium Arena Larkin dengan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Pasukan Fakulti Alam Bina dan Ukur dibawah Kumpulan Mitigasi Perubahan Iklim yang diketuai oleh ketua kumpulan iaitu Gs Sr Dr Othman bin Zainon telah mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan Mitigasi Perubahan Iklim.

Pertandingan ini telah disertai seramai 32 orang pelajar sekolah rendah dari daerah Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Kota Tinggi, Tangkak, Batu Pahat dan Kluang. Perubahan iklim adalah perubahan iklim yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa dekad hingga berjuta-juta tahun. Ia boleh digunakan untuk menggambarkan mana-mana aspek iklim, termasuk perubahan kepada cuaca yang melampau atau corak cuaca biasa.

Dalam erti kata lain, ia merangkumi semua perubahan bermusim yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang dalam corak suhu, hujan, kelembapan, angin, dan musim. Kawasan tertentu mungkin mengalami perubahan iklim, atau seluruh planet mungkin. Perubahan ini boleh dikaitkan dengan proses dinamik Bumi, perubahan aktiviti matahari, dan aktiviti manusia. Perkataan “perubahan iklim” hanya digunakan dalam konteks dasar alam sekitar, dan ia sentiasa berkaitan dengan perubahan iklim semasa.

Memandangkan sistem iklim yang kompleks, aktiviti manusia, dan proses semula jadi semuanya berpotensi mempengaruhi perubahan iklim, isu ini adalah salah satu yang hangat diperkatakan. Peningkatan kepekatan gas memerangkap haba dari rumah hijau, seperti karbon dioksida, di atmosfera Bumi adalah antara perubahan yang disebabkan oleh manusia.

Pembakaran bahan api adalah salah satu cara orang menyumbang kepada pelepasan rumah hijau. Sebagai ilustrasi, pertimbangkan bagaimana arang batu, minyak, dan gas asli digunakan untuk membuat elektrik, rumah haba, loji kuasa, dan kereta.

Turut diambil kira ialah pengubahsuaian corak penggunaan tanah. Oksigen dihasilkan dan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Apabila pokok diturunkan untuk pembinaan, pertanian, atau sebab-sebab lain, ia kehilangan keupayaan untuk menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Apabila pokok-pokok ini mati dan terbakar, karbon dioksida sebenarnya dilepaskan. Jumlah haba yang terperangkap meningkat apabila karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat.

Oleh yang demikian, aktiviti pertandingan Mitigasi Perubahan Iklim ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran dan kefahaman peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2 dari 8 buah sekolah kebangsaan berkenaan perubahan iklim dan pemanasan global.

Peserta sedang siap sedia untuk pertandingan
Dr Nurul Hana berkongsi ilmu perubahan iklim

Pertandingan ini telah dimulakan dengan sesi pemindahan ilmu dan tayangan video perubahan iklim dan pemanasan global oleh Dr Nurul Hana. Seterusnya dilanjutkan dengan kuiz berkaitan perubahan iklim dan pemanasan global.

Aktiviti kedua pula dikendalikan oleh Dr Nurul Syakima iaitu susun suai gambar yang berkaitan pemanasan global. Diikuti aktiviti ketiga iaitu teka silang kata berkaitan perubahan iklim yang dikendalikan oleh Dr Siti Radiaton Adawiyah. Aktiviti keempat pula dikendalikan oleh Dr Mohd Aliff berkaitan Merancang Bandar Idaman menggunakan pemainan lego. Aktiviti kelima pula dikendalikan oleh Dr Nurul Hana iaitu berkaitan dengan menjana tenaga baru berasaskan Kincir Angin.

Para peserta dikehendaki menghasilkan satu kincir angin yang boleh berfungsi dengan baik menggunakan bahan-bahan yang telah dipilih oleh peserta. Akhir sekali, pertandingan ini telah ditutup dengan konklusi ringkas yang dikendalikan oleh Prof Madya Dr Hazrina Binti Idris berkaitan keseluruhan aktiviti dengan perubahan iklim dan pemanasan global. Setiap aktiviti tersebut telah diadili dan ditentukan pemenangan bagi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan.

Peserta sedang menyusun gambar
Peserta berbincang bagaimana untuk menyusun pecahan gambar yang diberikan
Peserta bertungkus lumus menyiapkan susunan gambar
Kumpulan peserta telah siap susunan gambar yang diberikan
Peserta berfikir dan berbincang untuk mencari jawapan untuk teka silang kata
Peserta hampir siap mencari jawapan teka silang kata
Peserta sedang berbincang untuk mendapatkan jawapan yang sesuai
Peserta hampir menyiapkan teka silang kata
Peserta berbincang untuk menyiapkan Bandar Impian
Peserta hampir menyiapkan Bandar Impian mereka
Kumpulan pelajar perlu membentangkan hasil Bandar Impian mereka
Peserta pelu membina kincir angir yang sesuai dengan bahan-bahan yang telah dipilih
Sesi penutup oleh Prof Madya Dr Nurul Hazrina berkenaan perubahan iklim

Pertandingan ini telah dimenangi oleh SK Kampung Sawah, Pontian sebagai Juara Pertandingan, diikuti tempat kedua iaitu SK Batu 24, Pontian, tempat ketiga SK Sungai Kapal, Pengerang, Johor, tempat keempat Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Tahfiz Al Ukhuwwah, Kluang, tempat kelima SK Taman Mutiara Rini, dan saguhati dimenangi oleh SK Seri Sekawan Desa, Batu Pahat, SJKC CHI MING 2, Tangkak dan SK Taman Sutera, Johor Bahru.

Pertandingan ini telah dikendalikan oleh 6 orang pesyarah, 6 orang pelajar dan 4 orang staf sokongan dari Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM bagi menjayakan program ini. Pasukan Mitigasi Perubahan Iklim ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Pengajur iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia di atas jemputan menyertai Minggu Sains Negara 2023.

Semoga semua peserta menambah kefahaman dan meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan perubahan iklim dan pemanasan global. Diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Oleh: Othman Zainon, Nurul Hana Adi Maimun Siti Radiaton Adawiyah Binti Zakaria, Nurul Syakima Binti Mohd Yusoff

Explore More