Akhbar/Tarikh : Utusan Malaysia, 10 Julai 2023
Sinopsis : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar kecemerlangan dalam pendidikan tinggi tempatan apabila mencatatkan kedudukan pertama bagi kategori Graduan Tahap Kemahiran Tinggi, iaitu pada kadar 85.4 peratus.
Naib Canselor UTM, Prof Ir. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, UTM juga kekal mengungguli tempat pertama dalam kalangan universiti awam bagi kategori Graduan Berpendapatan Premium (Ijazah Sarjana Muda) dalam Laporan Penuh Kadar Kebolehpasaran Graduan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 5 Julai lalu.