Akhbar/Tarikh : BH Online, 10 Julai 2023
Sinopsis : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar kecemerlangan apabila buat pertama kali mencatatkan kedudukan pertama, bagi kategori Graduan Tahap Kemahiran Tinggi, dengan kadar 85.4 peratus.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata UTM juga kekal mengungguli tempat pertama dalam kalangan universiti awam (UA) di Malaysia bagi kategori Graduan Berpendapatan Premium (Ijazah Sarjana Muda), berdasarkan Laporan Penuh Kadar Kebolehpasaran Graduan (GE) 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 5 Julai lalu.