Akhbar/Tarikh : Astro Awani, 19 Julai 2023
Sinopsis : Malaysia dan Indonesia hari ini meningkatkan kerjasama sektor pendidikan tinggi di bidang perubatan, sains dan teknologi serta pembangunan penyelidikan dan inovasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, kementerian melalui agensi dan universiti di Malaysia telah melaksanakan pertukaran empat Memorandum Perjanjian (MoA), lima Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Memorandum Kerjasama (MoC) dengan agensi dan universiti di Indonesia.