Disember 22, 2024

hands, team, united-1917895.jpg

Kepimpinan inklusif di Era Revolusi Industri 4.0

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Kepimpinan inklusif boleh didefinasikan sebagai kepimpinan seseorang pemimpin yang mewujudkan persekitaran yang inklusif dan pelbagai.

Pemimpin inklusif sentiasa menghargai dan menghormati  orang bawahannya di  atas usaha dan sumbangan mereka dalam mencapai objektif organisasi.

Mereka melihat kepelbagaian sebagai satu peluang yang baik untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

Semua pemimpin boleh menjadi pemimpin inklusif sekiranya mereka mengamalkan beberapa amalan tertentu seperti yang berikut:

  1. Menggalakkan budaya inklusif dan semangat kekitaan, menghargai orang bawahan, mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka untuk mencapai objektif organisasi.
  2. Menghargai kepelbagaian orang bawahannya dalam pelbagai bentuk seperti bangsa, jantina, umur, kewarganegaraan, agama dan lain-lain kerana kepelbagaian membawa perspektif dan pengalaman yang berbeza dan ini menyumbang kepada usaha membuat keputusan yang lebih kreatif dan inovatif.
  3. Menggalakkan budaya insklusif, tiada diskriminasi, wujud keadilan dan kesaksamaan di dalam organisasi, dimana semua orang diberi peluang untuk meluahkan perasaan, pendapat atau idea yang memberi manfaat kepada organisasi dan bukan untuk kepentingan diri sendiri serta memberi peluang yang sama kepada semua untuk pertumbuhan dan pembangunan profesional mereka.
  4. Menggalakkan budaya penyayang, mendengar dengan efektif dan penuh empati, mewujudkan ruang untuk sebarang perbincangan dan idea terbuka dan memastikan semua pendapat didengari dan dipertimbangkan.
  5. Menggalakkan orang bawahan terlibat sama dalam proses membuat keputusan, menggalakkan mereka untuk mempunyai ‘sense of belonging’ kepada organisasi dan  menggalakkan budaya bekerjasama dan kerja berpasukan untuk mencapai objektif organisasi.
  6. Menerima pembelajaran dan pembangunan berterusan untuk diri sendiri (pemimpin) dan orang bawahannya, menghadiri latihan, bengkel, seminar atau persidangan untuk menimba ilmu pengetahuan, mempelajari tentang budaya dan perspektif yang berbeza dan meningkatkan prestasi mereka.

Pemimpin inklusif  tidak menganggap kepelbagaian di dalam organisasi sebagai satu masalah besar, malah mereka meraikan kepelbagaian.

Mereka merasakan dengan wujudnya kepelbagaian di dalam sesebuah organisasi,  pelbagai perspektif dan pandangan yang lebih kreatif dan inovatif dapat diperolehi.

Pemimpin inklusif menggalakkan persekitaran kerja yang positif, kondusif dan selamat dan ini membawa kepada peningkatan semangat pasukan, produktiviti dan inovasi.

Mereka memimpin dengan adil dan saksama dan mereka memastikan bahawa semua orang boleh berkembang maju dan menyumbang dengan cara yang terbaik ke arah kecemerlangan organisasi.

Untuk menjadi pemimpin inklusif tidaklah sukar tetapi beberapa langkah seperti diatas perlu  dijadikan amalan dalam memimpin sesebuah organisasi.

Explore More