Disember 22, 2024

GPS UTM muncul naib johan Anugerah Penggerak Kepenggunaan Siswa 2022

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai Naib Johan Anugerah Penggerak Kepenggunaan (Kategori Gerakan Pengguna Siswa) peringkat kebangsaan bagi tahun 2022.

Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YBhg Datuk Azman Mohd Yusof bersempena dengan majlis penutup sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Piazza Pavillion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2023 lalu.

Hadir menerima anugerah itu adalah Penasihat GPS UTM Johor Bahru, Mohammad Hasyiq Hamdan dan Presidennya, Insyirah Ash’ari.  Pemenang kategori ini membawa pulang anugerah berkenaan yang berupa trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM3,000.00

Setinggi-tinggi penghargaan kepada kelab GPS UTM Johor Bahru diatas kejayaan ini sekaligus mengharumkan nama universiti di persada kebangsaan. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada semua warga UTM untuk terus berjaya dan cemerlang di masa akan datang.

Penasihat Kelab GPS UTM Johor Bahru, Muhammad Hashiq Hamdan (tengah) ketika menerima Anugerah Penggerak Kepenggunaan Gerakan Pengguna Siswa Terbaik Kebangsaan.

 

Explore More