November 18, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar KTHO dilatih untuk manfaatkan aplikasi Google Sheets dalam kehidupan seharian

JOHOR BAHRU, 8 Jun– Biro Pendidikan dan Penyelidikan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) sesi 2022/2023 telah mengadakan program Microsoft Excel Bootcamp bertempat di Dewan Sri Merbau pada 8 Jun yang lalu.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan penggunaan Google Sheets dalam kehidupan harian serta bagaimana aplikasi ini dapat digunakan secara efisien dalam tugas pembelajaran dan alam pekerjaan.

Berikut merupakan lampiran poster hebahan bagi program yang dijalankan

39 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menghadiri program ini.

Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Nazatul Amirah binti Masri, pengarah program Microsoft Excel Bootcamp. Dalam ucapan tersebut, beliau menjelaskan objektif pelaksanaan program serta persiapan yang telah dilakukan untuk menjayakan program ini.

Encik Shamsul Azli Shamsuray, Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), dijemput sebagai penceramah jemputan untuk memberi perkongsian mengenai penggunaan Google Sheets.

Dalam perkongsian ini, para peserta mendapatkan maklumat mengenai penggunaan dan manfaat Google Sheets dalam melakukan pekerjaan sehari-hari.

Lampiran di atas merupakan slaid pertama yang telah dibentangkan oleh penceramah jemputan, Encik Shamsul Azli Shamsuray, Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Setelah sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Shamsul Azli Shamsuray selesai, sesi penyampaian cenderahati kepada beliau sebagai tanda penghargaan telah diadakan.

Lampiran di atas merupakan gambar sesi penyampaian saguhati yang disampaikan oleh saudari Nazatul Amirah binti Masri, selaku pengarah program Microsoft Excel Bootcamp kepada penceramah jemputan, Encik Shamsul Azli Shamsuray.

Penganjuran program Microsoft Excel Bootcamp diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh para peserta terutama dalam kehidupan harian mereka sebagai pelajar.

Disediakan oleh: Nur Syafiqah Binti A Rahman dan Alisha Imani Binti Azami (AJK Unit Pendaftaran dan Publisiti) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More