November 22, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa KTDI angkat agenda kelestarian, sumbang tenaga dalam program pembersihan Pulau Tioman

PULAU TIOMAN, 26 Mei – Program Pembersihan Pantai telah dilaksanakan oleh JKM KTDI, Majlis Felow KTDI serta Bahagian Pengurusan Kolej Tun Dr. Ismail di Taman Laut, Pulau Tioman.

Program ini dijalankan bagi menjaga kelestarian alam sekitar khususnya di kawasan pantai daripada pencemaran.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada beberapa orang pegawai PALAPES UTM.

Program ini telah berlangsung selama hampir 2 jam bermula pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Sebanyak 8 buah plastik sampah telah berjaya dikumpulkan dan dihantar ke pusat kitar semula.

Setelah program tamat, para peserta mengambil peluang berenang di sekitar kawasan pantai terbabit dan melihat keindahan batu karang di dasar laut. Terdapat juga yang mengambil peluang memberi makan kepada ikan-ikan yang berwarna-warni di pantai tersebut.

 

Akhir sekali, program ini mendidik para peserta untuk memelihara keindahan serta kelestarian alam sekitar.

Para peserta sangat berpuas hati dapat menyumbang tenaga dalam menjaga kebersihan kawasan pantai di samping dapat menikmati keindahan pemandangan laut yang sungguh mengasyikkan.

Explore More