November 25, 2024

Search
Close this search box.

KTHO cetus kesedaran cegah denggi dalam kalangan warganya

JOHOR BAHRU, 6 Jun –  Biro Keselamatan dan Kesihatan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO). telah menganjurkan Program Webinar Denggi 2023.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesihatan khususnya berkaitan dengan penyakit denggi kepada pelajar di KTHO.

Melalui webinar ini, pelajar dapat mengetahui kesan dan cara mengatasi peningkatan kes denggi yang semakin berbahaya. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan ciri-ciri pesakit penyakit denggi.

Program ini berjalan dengan baik dengan jumlah peserta yang menyertai program ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dr. Mohd Zaki, penceramah jemputan memulakan sesi webinar. Gambar di atas menunjukkan virus denggi
Pengenalan tentang denggi dan tanda-tanda untuk penyakit denggi
Tanda-tanda dan gejala yang menunjuk bahawa individu menghidap penyakit denggi
Mengenal pasti nyamuk yang membawa denggi iaitu nyamuk Aedes
Fakta tentang nyamuk Aedes
Tempat-tempat yang berpotensi tinggi pembiakan nyamuk di sekitar UTM
Peranan yang boleh dilakukan oleh setiap individu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes
Program diteruskan dengan sesi Quizziz
Nama-nama pemenang sesi Quizziz
Program diakhiri dengan sesi bergambar dan majlis bersurai

Diharapkan Program Webinar Denggi yang dianjurkan ini dapat membantu penghuni KTHO untuk memahami lebih lanjut tentang penyakit denggi dan mengetahui cara untuk mengatasinya.

Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai bahaya denggi dalam kalangan para pelajar.

Oleh: Phi Ja Da A/P Eh Peng (AJK Multimedia) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More