November 23, 2024

Search
Close this search box.

KTC angkat agenda gaya hidup sihat menerusi penganjuran Pelikat Colour Fun Run

JOHOR BAHRU, 17 Jun – Program Pelikat Colour Fun Run merupakan program Kolej Tuanku Canselor (KTC). Program ini telah berlangsung di S01 KTC demi melahirkan mahasiswa yang mementingkan gaya hidup sihat. 

Selain meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang kepentingan gaya hidup sihat, program ini telah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-3, iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik – memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur. 

Program ini dijayakan oleh 33 orang ahli jawatankuasa dan turut disertai oleh 94 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta 37 orang peserta luar.

Program Pelikat Color Fun Run telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Tuanku Canselor, Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Bin Abdul Rahim dengan potongan riben sebagai simbolik permulaan program di S01, Kolej Tuanku Canselor yang merupakan tempat permulaan Pelikat Color Fun Run.

Penasihat Program Pelikat Color Fun Run, Dr. Mohd Sharial bin Bungsu juga turut menghadiri bagi memeriahkan lagi suasana.

Program ini bermula dengan bacaan doa dan senamrobik yang dipimpin oleh ahli jawatankuasa Pelikat Colour Fun Run (PCFR) untuk memanaskan badan peserta sebelum memulakan pelarian. Larian dimulakan sebaik sahaja pemotongan riben dan pembunyian hon dilancarkan oleh perasmi.

Program Pelikat Color Fun Run telah melabuhkan tirainya pada jam 10.00 pagi dan para peserta telah berkumpul di S01, Kolej Tuanku Canselor untuk majlis penutup. Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan bertuah telah dilaksanakan.

Pihak penganjur Pelikat Color Fun Run berharap penganjuran Program Pelikat Color Fun Run ini dapat membuka minda mahasiswa tentang kepentingan tubuh sihat dan cergas dan memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan mengenali rakan yang baru melalui aktiviti ini.

Barisan Krew Program Pelikat Color Fun Run

Explore More