Disember 27, 2024

JKM KTR depani cabaran kepimpinan menerusi penganjuran U-International Surabaya 2023

Oleh Aisyah Sofea Binti Norzaini

SURABAYA, 18 Mei– Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR) dengan kerjasama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) telah menganjurkan U-International Surabaya 2023 (UIS ’23), sebuah program yang berteraskan kepimpinan, pengembangan daya pemikiran matang, motivasi, dan bermatlamatkan pencapaian berkumpulan.

Program yang melibatkan 36 JKM KTR sesi 2022/2023 ini dipimpin oleh Muhammad Aiman Naim Bin Abdul Rahim. Antara hasrat utama program adalah untuk memperkenalkan konsep kepimpinan terbaik kepada mahasiswa.

Program dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Naib Rektor ITS, Prof. Bambang Pramujati bersama-sama Pengetua KTR, Dr. Norhanim Binti Abdul Samat.

UIS’23 telah diadakan selama 5 hari 6 malam, dipenuhi dengan aktiviti kepimpinan seperti Ayo Kuliah, Forum Kepimpinan, kunjungan hormat ke ITS dan Universitas AirLangga (UNAIR), serta program khidmat masyarakat dan alam sekitar seperti Sinau Bareng dan Gotong-Royong CSR Mangrove Wonorejo.

Kesemua aktiviti ini diadakan bagi tujuan membina, membentuk dan melahirkan ciri-ciri kepimpinan yang bukan sahaja mempunyai gaya kepimpinan yang mantap tetapi juga pemimpin yang peka akan ruang lingkup sekeliling.

Secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti ini memberikan impak positif kepada mahasiswa terutama JKM KTR. Sesungguhnya UIS ’23 telah memberikan JKM KTR satu pengalaman dan ilmu baharu dalam membentuk mereka menjadi bakal pemimpin negara di masa hadapan.

Perasmian UIS ’23 disempurnakan oleh Prof. Bambang Pramujati, Naib Rektor ITS diiringi oleh Dr. Norhanim Binti Abdul Samat , Pengetua KTR.

Kunjungan hormat ke ITS pada 20 Mei 2023.

Kunjungan hormat ke UNAIR pada 20 Mei 2023.

Sinau Bareng” menyediakan bantuan pembelajaran untuk kanak-kanak pada 20 Mei 2023.

Gotong Royong (Program CSR bersama komuniti) di Mangrove Monorejo.

Pameran “Ayo Kuliah” adalah program untuk memotivasikan pelajar sekolah menengah dalam meneruskan pengajian ke ijazah tinggi di universiti.

Forum Kepimpinan turut melibatkan mahasiswa Universitas Negeri Surabaya, Universitas AirLangga, Universitas Surabaya, Universitas Pembangunan Nasional, dan Universitas 17 Augustus 1945 Surabaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More