Disember 27, 2024

Jabatan Tanah Survei Sarawak dan SAINS Sdn Bhd lawat UTM Johor Bahru bagi tujuan pemetaan utiliti

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bharu menerima kunjungan lawatan teknikal selama dua hari daripada Delegasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) dan pihak industri, SAINS Sdn. Bhd untuk tujuan pemetaan utiliti.

Kunjungan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah  dan Survei Sarawak, Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmud bersama 16 orang delegasi yang lain hadir untuk lawatan teknikal ke UTM bagi membincangkan dan bertukar idea berkenaan isu-isu semasa khususnya berkenaan pemetaan utiliti.

Delegasi JTS Sarawak dan SAINS Sdn. Bhd bersama Pensyarah dan pelajar UTM melakukan demonstrasi pengukuran utiliti.

Lawatan teknikal ini telah berlangsung selama dua hari bermula 13 Jun sehingga 14 Jun 2023. Program ini melibatkan aktiviti demonstrasi pengukuran utiliti yang diketuai oleh Dr. Nurul Izzati binti Abd Karim bersama pensyarah serta pelajar di bawah kumpulan penyelidikan Geomatics Innovation Research Group (GnG) pada hari pertama dan sesi memproses data utiliti dan diskusi berkenaan pemetaan utiliti pada hari kedua.

Program yang dirasmikan oleh Dekan FABU, Professor Sr Dr. Kherun Nita binti Ali mendapat input dan informasi yang baik daripada kedua-dua pihak UTM dan juga pihak delegasi JTS dan SAINS Sdn Bhd bagi merealisasikan halatuju pemetaan utiliti ke arah yang lebih teratur.

Program ini juga merupakan salah satu aktiviti  Makmal Satelit FABU UTM & JTS Sarawak yang rancak diadakan pada tahun ini bagi merealisasikan MOU antara kedua-dua pihak. Selain itu, Pengarah Geoinformasi, Prof Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa juga  mengalu-alukan penglibatan sebegini bagi mengeratkan silaturahim antara FABU UTM dan agensi serta industri Sarawak bagi mewujudkan situasi yang terbaik antara universiti-agensi-industri dan komuniti.

Dr. Nurul Izzati Abd Karim memberikan penerangan tentang penggunaan alat geofizik, Ground Penetrating Radar kepada Delegasi.
Majlis penutup lawatan teknikal bagi pemetaan utiliti dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik FABU.
Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak menggunakan alat GPR untuk pengukuran utiliti dan dibantu oleh pelajar prasiswazah dan pasca siswazah.
Majlis perasmian oleh Dekan FABU, Prof. Sr Dr. Kherun Nita Ali.

Explore More