November 26, 2024

Search
Close this search box.

Program Loving is Caring 2.0 peluang mahasiswa UTM santuni anak yatim Fitrah Qaseh

JOHOR BAHRU, 6 Mei – Rentetan daripada program Loving is Caring siri 1 yang diadakan  pada 17 Mei 2022, kelab Smartcamp di bawah naungan Jawatankuasa Kolej Tuanku Canselor (JKMKTC) sekali lagi mengambil peluang untuk menyantuni anak-anak yatim dengan melaksanakan program yang berkonsepkan ibadah haji kepada kanak – kanak dan aspek kemasyarakatan melalui sumbangan.

Program hasil kolaborasi antara kelab Smartcamp, Persatuan Mahasiswa Islam UTM dan Kelab Iqra ini berjaya mendapat tajaan daripada Mr.DIY dan tajaan penuh daripada Pusat Islam UTM.

Program yang disertai oleh kanak-kanak Rumah Anak Yatim Fitrah Qaseh dan bertempat di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah ini berobjektif  untuk memupuk rasa keprihatinan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/i  UTM dan anak yatim.

Dengan memfokuskan hubungan baik antara mahasiswa dan anak-anak yatim, program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan pemahaman mahasiswa dan mahasiswi terhadap isu sosial dan kebajikan.

Dalam jangka panjang, program ini dapat membantu memupuk sikap kepimpinan dan memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam mengembangkan diri dan memperluas jaringan sosial mereka.

Secara ringkasnya, program bermula seawal 8 pagi dengan ketibaan anak-anak yatim dari Rumah Fitrah Qaseh dituruti dengan sarapan pagi dan ucapan serta taklimat ringkas berkenaan perjalanan program juga telah diberikan.

Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian ceramah haji dan umrah yang telah disampaikan oleh Ustaz As Sheikh Haji Fauzi bin Bachok beserta praktikal haji . Akhir sekali program berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh  felo Kolej Tuanku Canselor.

Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz As Sheikh Haji Fauzi Bin Bachok dan pengurus Rumah Anak Yatim Fitrah Qaseh, Puan Nooraieen binti Sebli telah disempurnakan oleh Felo KTC turut diiringi pengarah program LIC 2.0 iaitu saudara Muhamad Asyraf Bin Md Kurdi.

Selain itu, Rumah Anak Yatim Fitrah Qaseh turut berbesar hati menerima sumbangan tajaan barang keperluan rumah daripada Mr. DIY selaku penaja program ini.

Akhir sekali,  program Loving is Caring 2.0 adalah inisiatif kebajikan yang bernilai dan memberi impak positif pada mahasiswa dan mahasiswi UTM.

Program ini tidak hanya memberi manfaat kepada anak-anak yatim, tetapi juga membantu memupuk nilai-nilai kebajikan dan kepimpinan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTM.

Slot Bersarapan Pagi bersama-sama Anak-anak Yatim Fitrah Qaseh
Penerimaan sumbangan tajaan daripada Mr DIY

Slot Penyampaian Ceramah Haji dan Umrah yang disampaikan oleh Ustaz As Sheikh Haji Fauzi bin Bachok
Slot Praktikal Haji dan Umrah yang disampaikan oleh Ustaz As Sheikh Haji Fauzi bin Bachok
Slot Penyerahan Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Fitrah Qaseh, Puan Nooraieen binti Sebli

 

Slot Majlis Penutup Program Loving Is Caring 2.0

Slot Sesi Bergambar antara Ahli Jawatankuasa Program

Explore More