November 22, 2024

Search
Close this search box.

Program Gen Z pupuk warga KTHO cintai budaya tempatan

JOHOR BAHRU, 20 Mei – Program Malam Gema Budaya telah dilaksanakan sebagai majlis penutup bagi program Gen Z. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) sesi 2022/2023 dengan kerjasama Majlis Felo Merbauan (MAFAN).

Pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti program Gen Z, iaitu Treasure Hunt KTHO dan Oscar KTHO turut diraikan dalam program ini.

Penglibatan penonton di Malam Gema Budaya

Program Malam Gema Budaya ini telah bermula pada pukul 8:00 malam di Dewan Sri Merbau dengan kehadiran seramai 196 orang pelajar. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Pengetua KTHO, Prof Madya Dr. Norahim Ibrahim.

Persembahan yang ditampilkan oleh saudara Megat

Persembahan khas nyanyian daripada En. Mirza Hussein (Pembantu Felo KTHO) bersama saudara Megat Muhammad Farhan Daniel (JKM KTHO) dengan lagu “Gadis Melayu” dan “Lemak Manis” menjadi halwa telinga hadirin. Di samping itu, sebuah video montaj yang menampilkan klip-klip video pemenang telah dipaparkan untuk tatapan penonton.

Bagi Pertandingan Poster, tempat pertama telah dimenangi oleh Indira A/P Thangaraj, tempat kedua pula dimenangi oleh Nur Syafiqah Binti A Rahman manakala tempat ketiga dirangkul oleh Dharshiney A/P Selvajarah.

Bagi Pertandingan Kaligrafi Mandarin, Raining Ong telah dinobatkan sebagai pemenang. Pemenang Pertandingan Kaligrafi Jawi dan Tamil pula masing-masing menjadi milik Nur Umaira Binti Amran dan Fiorena A/P Santhana Dass.

Bagi Treasure Hunt KTHO, tempat pertama menjadi milik kumpulan Zamzam,  tempat kedua pula kumpulan Merit+100 manakala tempat ketiga kepada kumpulan Invictus.

Oscar KTHO telah menobatkan kumpulan Geng Plastik Hitam, The Four-ce, dan Cat Delight sebagai pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga.

Majlis menutup tirai dengan Anugerah King and Queen of the Night. King of the Night telah dimenangi oleh Muhammad Safihakimi Bin Safian manakala Queen of the Night telah dirangkul oleh Kareshma A/P S. Kumaresan.

Penyampaian hadiah kepada King dan Queen of the Night

Majlis penutup ini diakhiri dengan sesi penggambaran bersama para hadirin, MAFAN, dan JKM KTHO. Sambutan positif daripada pelaksanaan program ini diharapkan dapat mendorong lebih banyak pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti kolej pada masa akan datang.

Selain memberi peluang kepada pelajar untuk terus berada dalam KTHO, program-program ini juga membantu meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian.

Oleh: Nurul Fatihah Nabila binti Mohd Saufi & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More