November 5, 2024

Search
Close this search box.

MECAR ’23 angkat agenda keusahawanan sosial, tingkat ekonomi komuniti sekitar

JOHOR BAHRU, 20 Mei – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah menganjurkan Merbauan Carnival 2023 (MECAR ’23), sebuah program hari terbuka berkonsepkan keushawanan sosial, kesukarelawanan, sukan, kesihatan dan kebudayaan dengan libatsama komuniti sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula 18 hingga 20 Mei.

Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah seperti “Fun Run”, “Cooking Experience”, “Cake Decoration”, “Colouring Contest”, dan “Personality Grooming”. Program ini juga menjadi satu platform mengeratkan hubungan antara pihak MAFAN, JKM, dan penghuni KTHO.

Sebelum program ini berlangsung, majlis eksekutif MECAR’23 melancarkan inisiatif awal dengan menganjurkan sesi induksi bagi semua jawatankuasa pelaksana MECAR’23 seramai 99 orang pada 13 Januari 2023.

Sesi induksi ini bertujuan untuk memastikan setiap jawatankuasa memahami tugas-tugas yang perlu dilakukan sebelum, semasa, dan selepas program berlangsung. Sesi induksi ini turut mendapat input penting dari MAFAN dan JKM KTHO. terutama dalam aspek pengurusan program.

Sesi induksi MECAR’23

Hari pertama MECAR’23 telah menampilkan PU Amin untuk memberikan ceramah motivasi bertajuk ‘Recharge’, khusus untuk mahasiswa yang sedang menghadapi kesulitan dan ingin mengatasi tekanan menjelang minggu-minggu terakhir semester.

Pada masa yang sama, Dewan Sri Merbau (DSM) turut meriah dengan reruai-reruai pakaian dan aksesori untuk tarikan pengunjung.

Di samping itu, aktiviti derma darah dan rumah hantu ‘Cafe Lama’ menjadi antara tarikan utama dalam MECAR kali ini.

‘Recharge’ oleh PU Amin

Hari kedua program memperlihatkan aktiviti yang lebih berbentuk fizikal seperti Fun Run, acara larian 3km mengelilingi KTHO.

Pada hari yang sama, diadakan juga Cooking Experience dengan Syafkun, seorang pempengaruh media sosial, di mana peserta diajar untuk memasak hidangan Samyang Rabokki dan Seaweed Hacking. Pertandingan memasak ini telah dinilai oleh Syafkun sendiri, dengan bantuan Dr. Mira (Wakil Felo KTHO), dan Farah Wahidah (Pengarah Program).

Fun Run
Cooking Experience with Syafkun

MECAR’23 diteruskan dengan pertandingan mewarna dan pertandingan menghias kek pada waktu petang. Untuk pertandingan mewarna, MECAR’23 menjemput adik-adik dari tadika berdekatan UTM untuk menyertai aktiviti ini.

Pada malam yang sama, KTHO Got Talent menjadi tumpuan utama warga KTHO, dengan kehadiran bakat-bakat hebat warga UTM. Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian oleh peserta. Turut berlangsung adalah aktiviti Movie Night yang dijalankan secara serentak di DSM.

Pertandingan Mewarna
Pertandingan Menghias Kek
KTHO Got Talent

Majlis Perasmian MECAR ’23 telah disempurnakan oleh Ketua Pentadbiran Jabatan Timbalan Naib Canselor, Encik Arman bin Md Yasin. Turut hadir bersama ialah Pengetua KTHO, Prof. Madya Dr. Norahim bin Ibrahim, barisan MAFAN dan Jawatankuasa Pelaksana MECAR ’23.

MECAR ’23 menutup tirai dengan aktiviti ‘Personality Grooming’ oleh agen Mary Kay.

Majlis Perasmian MECAR’23

Penganjuran MECAR ’23 diharapkan dapat memberikan impak positif terutama daripada aspek keusahawanan sosial, kesukarelawanan, sukan, kesihatan dan kebudayaan kepada warga KTHO, UTM dan komuniti sekitar.

Disediakan oleh: Nur Farah Wahidah binti Abd Wahab (Pengarah MECAR ’23) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More