Akhbar/Tarikh : Astro Awani, 9 May 2023
Sinopsis : Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyifatkan Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard yang dilancarkan hari ini di ibu negara sebagai peluang baik untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap ekonomi digital rantau ini.
Beliau berkata Malaysia kini menarik banyak syarikat global besar untuk menubuhkan pusat data mereka di negara ini, seiring dengan komitmen kerajaan untuk jadikan Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi digital.
“Saya melancarkan Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard yang baharu di Malaysia untuk rantau Asia Pasifik,” katanya dalam catatan di Facebooknya, hari ini.