November 26, 2024

Search
Close this search box.

Cabaran Troli Pengguna dedah ilmu kepenggunaan kepada mahasiswa UTM

JOHOR BAHRU, 5 Mei – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) telah menganjurkan pertandingan Cabaran Troli Pengguna sempena Karnival generasi Pengguna Pintar 2023 (KGPP) yang telah berlangsung pada 5 sehingga 7 Mei 2023 yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Pertandingan ini telah diadakan di Econsave Taman Teratai, Pulai. Seramai 18 peserta dari UTM telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Program ini adalah berbentuk pertandingan dan merupakan program kerjasama antara pihak KPDNKSH Negeri Johor bersama GPS UTM.

Program Cabaran Troli Pengguna mencabar mahasiswa dan mahasiswi tentang ilmu kepenggunaan dengan membeli dan mencari barangan mengikut arahan yang akan diberikan dalam masa yang ditetapkan semasa pertandingan dijalankan.

Mahasiswa dan mahasiswi dapat menambah ilmu dan mengambil peka tentang ilmu kepenggunaan dan hak mereka sebagai seorang pembeli dengan harapan mereka dapat menggunakan dan mengaplikasikan ilmu ini di mana sahaja mereka berada.

Sementara itu, pemenang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM300 berjaya dirangkul oleh kumpulan, yang diwakili Saudara Ahmad Khuzairi Bin Rahman dan Saudara Mohamad Loqman Adam Bin Abu Hasan.

Tempat kedua pula, dengan wang tunai bernilai RM200 dimenangi oleh kumpulan 4 yang diwakili oleh Saudara Muhamas Shafiy Ikmal Bin Shahrin dan Saudara Mohd Aminul Hakim Bin Abdul Halim.

Tempat ketiga dengan wang tunai RM100 menjadi milik Saudari Aina Nadhira dan Saudari Nur Syakila Adliah.

Seperti yang dinyatakan oleh Saudari Izzah Binti Shahrul, Pengarah Program Cabaran Troli Pengguna, program ini berjaya memenuhi objektif utama program dalam mensasarkan pengguna terutamanya mahasiswa dan mahasiswi di UTM untuk mengetahui pengetahuan dalam ilmu kepenggunaan untuk diaplikasikan dalam perbelanjaan semasa berada di pasaraya.

Tambahan pula, sinergi bersama KPDNKSH dalam pelaksanaan program meningkatkan usaha keras Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS UTM) yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini sejak April 2023.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan (KPDNKSH), Tuan Adiratno Bin Che Ani, menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama dengan GPS UTM pada tahun akan datang dengan penglibatan yang lebih aktif.

Explore More