Disember 22, 2024

Webinar What’s in Canva asah bakat mahasiswa UTM dalam reka bentuk grafik

JOHOR BAHRU, 6 Apr. – Webinar What’s in Canva Workshop telah dijalankan dengan jayanya pada 4 April 2023 selama 2 jam iaitu bermula 9.30 hingga 11 malam. Webinar ini telah dihebahkan melalui platform Telegram, Instagram dan Whatsapp Kolej 9 & 10 untuk mengajak para mahasiswa mendalami Canva secara terperinci.

Webinar ini dibuka kepada orang awam dan tidak terhad kepada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sahaja. Dr. Hassan Mahmoud Abuhassna, seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah dijemput sebagai penceramah bagi webinar ini.

Antara objektif utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan portal Canva kepada pelajar untuk penghasilan kerja yang profesional memandangkan Canva telah digunakan secara meluas sejak pelaksanaan kelas atas talian.

Di samping webinar What’s in Canva, pertandingan poster turut dijalankan sejurus selepas selesai webinar tersebut untuk mengetengahkan bakat para pelajar dan melahirkan insan yang kreatif serta celik IT.

Para pelajar dan penonton disajikan dengan tips serta cara-cara penggunaan Canva dengan betul bermula dengan memperbaiki atau menambah baik template sedia ada di Canva menggunakan kreativiti masing-masing.

Penceramah juga telah menunjukkan setiap ciri-ciri yang terdapat di dalam Canva yang boleh memudahkan penggunaan portal tersebut. Contohnya, ciri background remover yang boleh menyunting latar belakang suatu gambar dan ciri animasi dalam bentuk slide

Semasa webinar berlangsung, penceramah juga telah menyelitkan beberapa tips penggunaan Canva bagi permulaan bisnes start up yang banyak memanfaatkan Canva dalam pembuatan poster digital dan pemasaran.

 

Dengan adanya program membina seperti webinar ini, diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan setiap intipati yang telah disampaikan oleh penceramah dan mengaplikasikannya di dalam setiap tugasan yang memerlukan penggunaan Canva. 

Kesimpulannya, sebagai mahasiswa yang celik IT, kita perlu menguasai kemahiran penggunaan portal-portal seperti Canva untuk mengasah bakat dan juga untuk kebolehpasaran graduan semasa alam pekerjaan kelak, selain daripada ilmu yang kita pelajari di kelas.

Diharapkan ilmu yang kita pelajari melalui webinar ini dapat kita gunapakai di masa hadapan. 

Explore More