Disember 27, 2024

SEJATI santuni pelajar UTM kurang berkemampuan

JOHOR BAHRU, 14 Apr. – Persatuan Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) telah menganjurkan program SEJATI Kongsi 2.0 yang menyaksikan sebanyak 33 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima sumbangan bakul makanan.

Program ini telah berlangsung pada 14 April 2023 bertempat di Dewan Seri Alam, Kolej Tun Fatimah.

Objektif untuk program ini adalah bagi memastikan keperluan asas makanan pelajar yang kurang berkemampuan dipenuhi sekali gus dapat meringankan beban para pelajar ini.

Ia juga dapat memupuk keharmonian dan kepercayaan di antara SEJATI dan para pelajar UTM. 

Sesi agihan sumbangan bakul makanan bersama salah satu penerima sumbangan.

Inisiatif ini dapat memberikan impak kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan iaitu para pelajar B40 selain menggalakkan penglibatan persatuan sebagai medium perhubungan dan gerakan bantuan dalam memastikan kebajikan pelajar dalam UTM terus diberikan perhatian.

SEJATI berharap agar program ini dapat diteruskan di masa akan datang supaya usaha memartabatkan kebajikan hal ehwal pelajar dapat terus digiatkan di samping meringankan beban para pelajar.

Sesi bergambar bersama ahli jawatankuasa program, penasihat persatuan dan pegawai penyelaras persatuan dari HEP yang bersama menjayakan program.

Explore More