Disember 22, 2024

JOHOR BAHRU, 7 Apr. – Pihak Markas PALAPES UTM telah mengadakan program majlis berbuka puasa. Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan iaitu Yang Berbahagia ,Lt. Kol PM Dr. Mohd Noor Azli bin Hj Ali Khan selaku Timbalan Komandan PALAPES UTM, Yang Berbahagia , Lt Kdr Mohd Baharuddin bin Samsudin PSSTLDM NV/8700989 selaku Pegawai Memerintah KD Sri Medini , Yang Berbahagia, Mejar Mohd Azmi bin Abu Bakar Ketua Jurulatih PALAPES UTM dan juga para Pegawai Sukarela PALAPES UTM.

Seramai 140 orang yang terdiri daripada kalangan pegawai kadet darat,pegawai kadet laut serta tidak ketinggalan, para staf Markas PALAPES UTM juga turut turun ke padang untuk bersama-sama membantu menyediakan bahan-bahan dan juga memasak bagi majlis berbuka puasa ini.

Di bulan yang mulia ini,pihak Markas PALAPES UTM mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis makan berbuka puasa ini bagi merebut pahala yang dijanjikan Allah seperti di dalam sabda Nabi Muhammad SAW;

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

(Maksudnya): “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

Secara tidak langsung, hubungan silaturrahim dapat terjalin dengan lebih erat dan dilihat terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Semoga amalan ini diberkati dan dikurniakan rahmat dari Allah s.w.t.

#Ramadhan1444
#Ramadhan2023
#IhyaRamadhan

Explore More