Disember 26, 2024

Perwakilan pelajar program senibina UTM jalin kerjasama antarabangsa dengan Vellore Institute of Technology (VIT) India

JOHOR BHARU, 8 Dis. – Satu majlis menandatangani suratcara (LoC) antara perwakilan majlis tertinggi persatuan pelajar program senibina iaitu Persatuan Architech dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan perwakilan persatuan pelajar senibina, Arch-I-Tech  dari Vellore Institute of Technology, India telah diadakan di UTM Johor Bahru.

LoC ini di tandatangani oleh wakil pelajar iaitu Cik Salasiatul Hasanah Sallahudin selaku setiausaha persatuan pelajar senibina, UTM dan Encik Praveen selaku ketua pelajar persatuan senibina , VIT, India. Program menandatangani LoC ini dikendalikan oleh pengerusi majlis iaitu Encik Hazmee Helmee dan Cik Fakhira Amalia Aladin yang juga dari perwakilan pelajar senibina UTM.

Tujuan LoC ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama pelajar melalui penglibatan dan pertukaran ilmu diperingkat antarabangsa. Seterusnya usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengeksplorasi bidang senibina dan sebagai medium persilangan ilmu serta budaya secara global.

Majlis ini merupakan majlis julung kalinya diadakan oleh program Senibina UTM diperingkat antarabangsa setelah selesai program koloqium antarabangsa bersama pensyarah dari kedua-kedua universiti tersebut berlangsung pada hari yang sama.

Antara program dan aktiviti tahunan yang dirancang akan dilaksanakan pada masa hadapan adalah seperti program kolokium rekabentuk dan seminar, segmen pertukaran pelajar dan mobiliti, program jejak warisan senibina dan persilangan penilaian pedagogi seperti yang dinyatakan di dalam suratcara (LoC) yang dipersetujui antara kedua-dua buah Universiti.

Dengan adanya program sebegini, diharapkan hubungan erat dapat dijalinkan antara UTM dan VIT, secara berterusan bagi memperluaskan pengetahuan didalam bidang senibina diperingkat antarabangsa.

Pertukaran cenderahati Pengarah Senibina UTM, Prof Madya Dr Alice Sabrina Ismail dan Pengarah Senibina VIT, Dr Madhumathi A.
Gambar bersama pelajar senibina UTM dan VIT setelah selesai majlis.
Pengerusi majlis dari wakil pelajar senibina UTM Architech.

Explore More