Johor Bahru: “Saya rela menangguh hasrat untuk sambung pengajian demi memberikan laluan kepada adik-adik mengejar impian,” kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohd Nasir Nawawi, 47.
“Saya memang berminat menyambung belajar dan berasa ketinggalan apabila melihat rakan yang memiliki ijazah dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Namun, saya reda.
“Saya tidak mampu melihat adik-adik saya keciciran hingga menjejaskan masa depan mereka. Sekiranya mereka susah, saya tidak dapat hidup dengan tenang,” katanya.
Penolong Jurutera di Jabatan Pertanian di Perak itu berkata, beliau bersyukur kerana semua adiknya bergelar graduan dan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.
Sumber : Berita Harian – 22 November 2022