November 5, 2024

Search
Close this search box.

JAKARTA, 8 Jun – Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diraikan dalam satu program khas Alumni Engagement Indonesia bertempat di Hotel Sari Pacific, Jakarta, Indonesia pada 8 Jun 2022 anjuran UTM Alumni.

Dengan kehadiran 80 Alumni, program ini merupakan program yang julung kali diadakan di lndonesia dan bertujuan mewujudkan kolaborasi lebih erat dengan Alumni UTM di Indonesia.

Menurut wakil Alumni Indonesia, “Kehadiran Naib Canselor UTM membuatkan program ini sangat membahagiakan dan luar biasa”.

Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai bilangan Alumni UTM yang ramai dan merupakan rakan strategik UTM dalam membina jaringan antarabangsa yang meluas, sesuai dengan ciri geografi negara ini yang besar serta mempunyai banyak universiti.

Semasa program terbabit, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail menyampaikan mesej penting buat Alumni UTM untuk saling berkomunikasi, berkenalan dan membina perhubungan yang produktif.

Program ini juga turut melakarkan sejarah tersendiri dengan pelancaran UTM Alumni Gobal Chapter : Indonesia dan Global Endowment Indonesia.

Alumni UTM khasnya di Indonesia berasa berbangga menjadi warga UTM dan memperoleh banyak manfaat sebagai Alumni UTM, seperti pengiktirafan antarabangsa melalui siri jemputan sebagai perucap di konferens atau seminar internasional atau menjadi penilai (reviewer) untuk jurnal-jurnal antarabangsa.

Pada waktu akan datang, program ini akan diteruskan dengan kunjungan Naib Canselor dan delegasi UTM ke lokasi-lokasi strategik di Indonesia dan negara-negara lain khasnya di rantau Asia.

Program ini mampu memberikan impak kepada UTM dalam membina perhubungan antarabangsa yang lebih utuh dan strategik, selain menonjolkan imej UTM di mata masyarakat antarabangsa sebagai sebuah universiti penyelidikan yang berteraskan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.

Pejabat Naib Canselor

UTM Vice-Chancellor ASIA Tour : Indonesia

Explore More