Disember 22, 2024

Yoga, Stay Sweaty, Stay Healthy Anjuran SEJATI Perkenal Teknik Relaksasi Melalui Senaman Yoga

Karnival Sukan Fakulti merupakan salah sebuah program yang telah dianjurkan oleh Kelab Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) sesi 2021/2022 dengan bertemakan YOGA “Stay Healthy Stay Sweaty”.

Program ini adalah sebuah program berbentuk pengajaran di mana panel jemputan bagi YOGA “Stay Healthy Stay Sweety” – Nurul Nadia Farhana Bt Junaimee telah memperkenalkan teknik relaksasi melalui senaman yoga.

Nurul Nadia merupakan pelajar program Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru. Beliau telah mula aktif dalam senaman Yoga pada tahun 2017 dan mempunyai sijil Yoga. Gaya Yoga yang beliau mahir adalah lebih kepada Hatha Yoga iaitu breathing in one pose.

Teknik-teknik senaman

Program ini telah berlangsung selama 2 jam 30 minit iaitu dari jam 8:00 malam sehingga jam 10:30 malam. Sesi senaman yoga ini diadakan menggunakan platform google meet dan facebook live SEJATI. Melalui sesi ini, panel juga telah menjawab satu per satu soalan-soalan yang ditujukan oleh para peserta dengan secara terperinci.

Peserta sedang bertanyakan soalan kepada coach.

Program dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah. Seramai 10 orang peserta yang telah dipilih untuk menerima hadiah dan pemenang telah dipilih secara rawak dengan menggunakan google wheel. Pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur dan antaranya adalah yoga mat, yoga ball, bluetooth speaker, weighing scale dan Starbuck RM20 gift card.

Sesi cabutan bertuah

Di akhir program ini, para peserta dapat mengetahui teknik-teknik relaksasi melalui senaman yoga yang telah diajarkan oleh Nurul Nadia malah amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah mengadakan program yang amat menarik ini. Program seperti ini sewajarnya diperbanyakkan lagi kerana ianya dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal golongan mahasiswa dan mahasiswi supaya mereka dapat kekal sihat walaupun dalam talian. Program ini telah tamat pada pukul 10:30 malam dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sesi bergambar bersama coach dan para peserta
Sesi bergambar bersama coach dan AJK program

Explore More